Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PUSAKA rangkul Anugerah Emas Sektor Awam AIGA 2025, RECODA menang Anugerah Gangsa
  • SEMASA

PUSAKA rangkul Anugerah Emas Sektor Awam AIGA 2025, RECODA menang Anugerah Gangsa

Utusan Sarawak 20 hours ago
PERBADANAN Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) berjaya merangkul Anugerah Emas Sektor Awam sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans & Antirasuah (AIGA) 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

PUTRAJAYA: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) berjaya merangkul Anugerah Emas Sektor Awam sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans & Antirasuah (AIGA) 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Daripada 131 sektor awam, 71 swasta seluruh Malaysia dan 16 agensi kerajaan Sarawak yang bertanding, PUSAKA adalah satu-satunya penerima Anugerah Emas dari Sarawak pada tahun ini, sekali gus membuktikan komitmen tinggi organisasi ini dalam mengamalkan nilai integriti dan tatakelola yang cemerlang.

LEMBAGA Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) pula dianugerahkan Anugerah Gangsa dan anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) dan ketua-ketua agensi awam dan swasta.

Hadir menerima Anugerah Emas tersebut ialah Pengurus Besar PUSAKA, Datu Zainal Abidin Abdullah dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi PUSAKA.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) pula dianugerahkan Anugerah Gangsa dan anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni.

Selain itu, terdapat 14 lagi agensi dari Sarawak yang mengambil bahagian dalam AIGFA 2O25 iaitu, Bintulu Port Holdings Berhad, Jabatan Agama Islam Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Sarikei, Majlis Perbandaran Sibu, Miri Port Authority dan Pustaka Negeri Sarawak.

Majlis AIGA merupakan platform berprestij yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia untuk menilai dan memantapkan prestasi pelaksanaan sistem kawalan dalaman organisasi dari aspek integriti, tadbir urus dan antirasuah. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi Pustaka Negeri Sarawak
Next: Sidang Kemuncak ASEAN: Sarawak kongsi pengalaman bangun TBB, semikonduktor – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.