Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PUSAKA jentera hab perabot baharu Sarawak
  • BISNES

PUSAKA jentera hab perabot baharu Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

CENDERAMATA… Datu Hashim Bojet (dua kanan) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Willie Mongin (dua kiri) pada pada Sesi Pengibatan berkenaan dengan Taman Perabot Sarawak di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baru-baru ini.

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) mempunyai jentera untuk menjadikan Sarawak sebagai hab perabot baharu dan berharap dapat bekerjasama dengan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC) dan ahli industri untuk merealisasikan inisiatif ini.

Pengurus Besar PUSAKA, Datu Hashim Bojet berkata, dengan melihat sumber kayu negeri ini, ia mempunyai potensi tinggi untuk menghasilkan produk berasaskan kayu nilai tambah malahan taman perabot itu adalah persediaan tepat pada masanya untuk pembangunan industri kayunya.

“Taman Perabot Sarawak, yang dibangunkan dengan kerjasama pemain industri, yang akan ditubuhkan di Kuching dan Tanjung Manis adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mengukuhkan operasi perkayuan hiliran Sarawak dengan produk nilai tambah lebih tinggi bagi memajukan industri perabot negeri.

“Bahkan taman perabot dilihat sebagai satu persediaan yang tepat pada masanya untuk pembangunan industri kayu di negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.

Ujarnya lagi, Sarawak sedang bersiap sedia untuk memperakui 4.5 juta hektar kawasan lesen kayu jangka panjang dan 178,000 hektar ladang hutan di bawah Majlis Pensijilan Kayu Malaysia.

“Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji pembangunan Modal Insan dan Infrastruktur bagi mempercepatkan pertumbuhan Taman Perabot,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, industri perkayuan akan terus menjadi sektor ekonomi penting bagi Sarawak dari segi peluang pekerjaan, penciptaan perniagaan dan eksport pendapatan.

“Taman Perabot adalah sebahagian daripada dasar kerajaan negeri di bawah Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) yang memberi tumpuan khusus kepada pengeluaran lebih banyak produk berasaskan kayu,” katanya.

Tambahnya, Taman Perabot akan membantu Sarawak menggandakan hasil eksport kayunya daripada hampir RM4 bilion kepada RM8 bilion menjelang 2030.

Selain perabot, produk nilai tambah lain yang dikenal pasti menyumbang kepada sasaran eksport ini ialah produk kayu kejuruteraan, produk berasaskan papan lapis dan berasaskan buluh.

“Taman-taman itu akan memudahkan penyepaduan mendatar dan menegak yang cekap dengan bahan mentah yang bersumberkan secara mampan,” kata Willie lagi.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Ekosistem pelaburan digital mantap perlukan sokongan satu negara
Next: Emart Summer Mall adakan tawaran istimewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.