Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Punca kebakaran Rumah Baruk litar pintas, kerugian RM2 juta bakal dibina semula
  • TEMPATAN

Punca kebakaran Rumah Baruk litar pintas, kerugian RM2 juta bakal dibina semula

Utusan Sarawak 1 day ago
TINJAU… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah meninjau tapak kebakaran Rumah Panjang Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini.

SANTUBONG: Kerajaan Sarawak akan berusaha membina semula Rumah Baruk Bidayuh yang musnah dalam kebakaran di Kampung Budaya Sarawak pada 12 Oktober lalu, bagi mengekalkan keaslian dan nilai warisan etnik tersebut, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar 7.30 malam itu bukan sahaja meranapkan struktur Rumah Baruk yang dibina pada 2011, malah memusnahkan pelbagai barangan warisan termasuk bakul-bakul anyaman lama dan peralatan tradisional yang mempunyai nilai estetika tinggi.

“Kerugian keseluruhan dianggarkan melebihi RM2 juta termasuk kos pembinaan dan kehilangan bahan warisan.

“Rumah ini merupakan antara tarikan utama di Kampung Budaya Sarawak serta lokasi penting bagi acara seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF),” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak kebakaran di sini, hari ini.

PENJELASAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap kepada media selepas meninjau tapak kebakaran Rumah Baruk Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, hari ini. 

Jelasnya, hasil siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati punca kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Abdul Karim menegaskan walaupun Kampung Budaya Sarawak terletak di bawah pengurusan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), kementeriannya akan memberi sokongan penuh agar pembinaan semula dapat dilaksanakan segera.

“Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk dibincangkan bersama SEDC. Kita mahu kerja-kerja pembinaan semula dimulakan secepat mungkin, sasaran kita awal tahun depan supaya siap dalam tempoh lebih setahun,” ujarnya.

SEKITAR TAPAK… Keadaan tapak kebakaran Rumah Baruk Bidayuh di Kampung Budaya Sarawak yang musnah sepenuhnya dalam insiden pada 12 Oktober lalu, kini dalam penilaian awal untuk kerja-kerja pembinaan semula.

Beliau menambah, struktur asas bangunan seperti tiang simen masih kukuh dan boleh digunakan semula dengan pemeriksaan lanjut oleh pihak berwajib.

“Jika masih selamat digunakan, pembinaan semula akan dijalankan berasaskan pelan asal, mengekalkan seni bina tradisional suku Bidayuh jenis Panggah,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut mengingatkan pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak agar mempertingkatkan langkah keselamatan termasuk penyelenggaraan sistem pendawaian lama dan kesiapsiagaan petugas sebagai petugas kecemasan pertama bagi menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

“Kampung Budaya Sarawak tetap beroperasi seperti biasa. Insiden ini hanya melibatkan satu kawasan kecil dan tidak menjejaskan keseluruhan operasi pelancongan,” tambahnya

Oleh Shikin Mahmud

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KNFM rai ulang tahun ketiga, terus tarik tumpuan pengunjung
Next: Mahkamah Adat di peringkat akhir naik taraf – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.