Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Punai Langgong dinobat juara Kumang Indai Orang CCF 2025 di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Punai Langgong dinobat juara Kumang Indai Orang CCF 2025 di Bintulu

Utusan Sarawak 14 hours ago
TAHNIAH…Punai Langgong merakam kenangan bersama ibu bapanya selepas dinobatkan sebagai Pertandingan Kumang Chapz & Cassidy Fitdance (CCF) 2025 yang berlangsung di Bintulu, Sabtu lalu.

SIBU: Punai Langgong dari Rumah John Ramba, Sungai Sibau, Kapit dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kumang Indai Orang Chapz & Cassidy Fitdance (CCF) 2025 yang berlangsung di Bintulu, Sabtu lalu.

Kejayaan itu bukan sahaja mencerminkan keunggulan peribadi beliau, malah menjadi lambang keteguhan wanita Iban dalam mengekalkan warisan budaya di samping menyesuaikan diri dengan peredaran zaman.

Selain meraih gelaran utama Kumang Indai Orang CCF 2025, Punai turut menyapu bersih enam kategori lain termasuk ‘Ngepan Pemadu Manah’, Miss Congeniality, Miss Favorite, ‘Ensumbar Pemadu Manah’, ‘Main Asal Pemadu Manah’ dan ‘Tusun Tiun Pemadu Manah’.

“Kejayaan ini bukan sesuatu yang mudah diperoleh. Ia datang daripada disiplin diri, sokongan keluarga dan rakan-rakan serta kepercayaan terhadap identiti saya sebagai wanita Iban,” katanya kepada pemberita.

Mengangkat prinsip ‘Bejalai Betungkat ke Adat, Tinduk Bepanggal ke Pengingat’, Punai tampil menyerlah sebagai wanita Iban moden yang tetap berpegang teguh kepada nilai tradisi sambil bersikap progresif dalam penampilan dan pemikiran.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada bapanya, Nakata Naiter dan anak-anaknya, iaitu Hilary Harisson (Keling CCF 2024) serta Colleh Mond (Mr Motif Pua Kumbu 2024) yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dan inspirasi sepanjang perjalanan tersebut.

“Anak-anak saya adalah semangat utama. Mereka telah membuktikan bahawa budaya bukan sahaja boleh diwarisi, tetapi juga diraikan oleh generasi muda,” katanya.

Punai juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada barisan rakan artis termasuk Trena Treena Mazda dan Louisa Sunny Henry, serta jurusolek dan penggaya Edward Num Landa yang banyak membantu dalam aspek persembahan dan penampilan sepanjang pertandingan.

Beliau turut menghargai komitmen pihak penganjur seperti De’ Chapz, Cassidy Lang, Vicky Bridal Studio Bintulu dan Aki Bujang Florist dalam menjayakan acara tersebut secara profesional dan inklusif.

“CCF bukan sekadar pertandingan ratu cantik. Ia adalah platform memartabatkan wanita dan budaya Dayak secara menyeluruh,” ujarnya.

Punai menyifatkan kemenangan itu sebagai kisah tentang warisan, keluarga dan keberanian, sekali gus membuktikan bahawa wanita Iban mampu menjadi penjaga serta pemimpin budaya yang berwibawa.

“Hanya satu pesanan daripada saya ialah lakukan segala-galanya dengan ikhlas dan yakin,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya muncul ketika air surut, penduduk Limbang bimbang keselamatan
Next: Tinjau perkembangan kerja baik pulih rumah penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.