Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Pulut Panggang Sibu tetap jadi pilihan
  • STAIL

Pulut Panggang Sibu tetap jadi pilihan

Utusan Sarawak 5 years ago
SALAH SATU GERAI…Menjual pulut panggang di sekitar kawasan Kampung di sini. (Gambar ini diambil sebelum perlaksanaan PKP).

SIAPA masih ingat, pada 3 Ogos 2014, pulut panggang Sibu telah mencatat sejarah apabila berjaya melakarkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) atas kejayaan menghasilkan pulut panggang terbesar dan terpanjang.

Pulut panggang yang dibalut dengan daun pisang itu berukuran 22 sentimeter diameter dan 5.5 meter panjang serta seberat 160 kilogram.

Biarpun enam tahun telah berlalu, namun peristiwa manis masih lagi segar dalam ingatan penduduk Sibu hingga ke hari ini.

Pulut panggang merupakan salah satu daripada makanan  popular di Sibu, selain mi kampua, penyaram, kek lapis dan sebagainya.

Kini pulut panggang Sibu sudah menjadi hidangan mesti bagi  pengunjung yang datang melawat Sibu, tambahan pula semua makanan ini boleh dibeli pada harga yang murah dan berpatutan.

Hasil daripada kejayaan penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI pada pengakhir tahun 2016 membawa berita gembira kepada para pengusaha pulut panggang.

Menerusi hasil penyelidikan tersebut, pembungkusan inovatif dan produk pulut panggang sejuk beku berhasil meningkatkan jangka hayat produk itu antara enam bulan hingga lapan bulan, sekali gus  membolehkan pulut panggang Sibu dikomersilkan ke serata tempat di Sarawak, dalam dan luar negara.

Pulut panggang dihasilkan daripada beras pulut, sedikit garam dan santan. Beras pulut akan dimasak terlebih dahulu sebelum dibalut dengan daun pisang.

Pulut yang telah siap dibalut itu kemudiannya akan dipanggang buat seketika, sebelum ia dihidang dan boleh dijamu.

Keunikan Pulut Panggang Sibu adalah ia tidak mempunyai inti atau kosong di bahagian dalamnya.

Disebabkan ketiadaan inti itulah membuatkan haruman aroma santan dan pulut yang telah dipanggang itu cukup memukau dan rasa lemak pulutnya pula pasti akan membuatkan anda sentiasa terkenang-kenang akan pulut panggang Sibu.

Selain dimakan begitu saja, pulut panggang Sibu juga boleh dinikmati bersama dengan sambal ikan bilis atau perencah yang lain.

Pulut Panggang Sibu boleh didapati di gerai-gerai sekitar kawasan Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Nangka dan Jalan Bandong dengan harga yang amat berpatutan.

Bagaimanapun, semenjak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pulut Panggang Sibu boleh didapati melalui tempahan secara atas talian e-bazar atau  dari kerajaan negeri BROSS (Bazar Ramadan ONline Sayangku Sarawak).

Continue Reading

Previous: Pupuk sikap peduli penularan Covid-19
Next: Kaya dengan budaya, adat, warisan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.