Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur sumbang 88.9 peratus kepada eksport Malaysia pada April
  • BISNES

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur sumbang 88.9 peratus kepada eksport Malaysia pada April

Utusan Sarawak 4 hours ago
STATISTIK eksport import mengikut negeri pada April 2026. Foto: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia dengan menyumbang sebanyak 88.9 peratus kepada jumlah eksport Malaysia pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Malaysia pada April 2026 mencapai RM182.7 bilion iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak RM49.2 bilion.

Beliau berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 45.1 peratus, diikuti oleh Johor (19.7 peratus), Selangor (14.6 peratus), Sarawak (5.3 peratus) dan Kuala Lumpur (4.2 peratus).

Peningkatan eksport didorong oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM33.5 bilion), Johor (+RM9.7 bilion), Kuala Lumpur (+RM3.5 bilion), Selangor (+RM2.5 bilion) dan Sarawak (RM490.1 juta), katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Eksport Import Mengikut Negeri April 2026 yang dikeluaran hari ini.

Beliau berkata selain itu Perak (+RM472.2 juta), Terengganu (+RM404.6 juta), Sabah (+RM188.3 juta), Perlis (+RM26.7 juta) dan Negeri Sembilan (+RM25.2 juta).

Bagaimanapun, nilai eksport turun di Pahang sebanyak RM573.5 juta, Labuan (-RM289.1 juta), Kedah (-RM188.6 juta), Melaka (-RM158.2 juta) dan Kelantan (-RM11.8 juta), katanya.

Mohd Uzir berkata import pada April 2026 meningkat RM25.6 bilion (+20.0 peratus) berbanding bulan sama pada 2025.

Beliau berkata peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM18.6 bilion), Pulau Pinang (+RM9.6 bilion), Sarawak (+RM517.6 juta), Perak (+RM322.5 juta), Kedah (+RM294.8 juta), Labuan (+RM289.1 juta).

Negeri lain yang menyumbang kepada peningkatan import ialah Sabah (+RM211.6 juta), Terengganu (+RM165.4 juta), Negeri Sembilan (+RM127.0 juta), Pahang (+RM58.2 juta) dan Perlis (+RM40.9 juta).

Bagaimanapun, nilai import susut di Selangor sebanyak RM2.0 bilion, Kuala Lumpur (-RM1.3 bilion), Kelantan (-RM27.1 juta) dan Melaka (-RM8.0 juta).

Johor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 28.0 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (25.3 peratus), Selangor (23.4 peratus), Kuala Lumpur (7.8 peratus) dan Kedah (4.4 peratus), katanya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pemegang saham Cahya Mata pilih semula pengarah urusan kumpulan sebagai pengarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.