Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan KL dominasi eksport Malaysia pada November 2025
  • BISNES

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan KL dominasi eksport Malaysia pada November 2025

Utusan Sarawak 6 hours ago
EKSPORT bernilai RM135 bilion pada November 2025, meningkat sebanyak RM8.9 bilion atau 7.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport bernilai RM135 bilion pada November 2025, meningkat sebanyak RM8.9 bilion atau 7.0 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 39.2 peratus, diikuti Johor (21.1 peratus), Selangor (15.2 peratus), Sarawak (6.7 peratus) dan Kuala Lumpur (3.3 peratus), katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM6.9 bilion), Johor (+RM5.2 bilion), Perak (+RM699.1 juta), Sabah (+RM36.3 juta) dan Negeri Sembilan (+RM17.7 juta).

Bagaimanapun, katanya nilai eksport menurun di Selangor sebanyak RM1.4 bilion, Sarawak (-RM969.8 juta), Pahang (-RM658.8 juta), Labuan (-RM445.4 juta), Kuala Lumpur (-RM348.0 juta), Kedah (-RM272.5 juta), Kelantan (-RM266.2 juta), Terengganu (-RM66.9 juta), Perlis (-RM23.9 juta) dan Melaka (-RM4.5 juta). 

Sementara itu, Mohd Uzir berkata import pada November 2025 meningkat RM17.6 bilion (+15.8 peratus) berbanding bulan yang sama pada 2024.

Peningkatan import disebabkan import yang lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM9.4 bilion), Selangor (+RM5.0 bilion), Kuala Lumpur (+3.2 bilion), Johor (+RM707.8 juta), Perak (+RM681.3 juta), Melaka (+RM398.3 juta) dan Sabah (+RM165.2 juta).

Bagaimanapun, katanya nilai import menurun di Negeri Sembilan sebanyak RM368.3 juta, Labuan (-RM266.8 juta), Sarawak (-RM193.7 juta), Pahang (-RM140.7 juta), Kelantan (-RM91.3 juta), Perlis (-RM57.4 juta), Kedah (-RM48.6 juta) dan Terengganu (-RM27.3 juta). 

Pulang Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan sebanyak 28.6 peratus, diikuti Selangor (26.2 peratus), Johor (18.3 peratus), Kuala Lumpur (9.6 peratus) dan Kedah (4.9 peratus). – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah susulan aktiviti ambil untung
Next: Petronas Gas umum RP3 disemak semula mulai 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2028

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.