Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 15 hours ago


Bintang Krismas di Syurga

 Malam ini Krismas datang perlahan,
 membawa dingin di setiap hembusan angin.
 Lampu berkelip di pohon cemara,
 namun hatiku tetap terasa asing.

 Tiada lagi suara ayah memanggil,
 tiada senyum ibu menyambutku pulang.
 Yang tinggal hanyalah kenangan,
 terkunci rapi di lipatan ruang.

 Loceng gereja berdentang di kejauhan,
 mengingatkan aku pada doa yang hilang.
 Tahun ini tiada pelukan,
 hanya air mata jadi teman pulang.

 Namun bintang di puncak pohon bercahaya,
 seolah-olah berbisik dari syurga:


 “Jangan lupakan kasih kami,
 kerana cinta tidak mati selamanya.”

Olyvia Idang Anak Lanting

Miri


Bising yang Diam

Bayang kenangan berlegar

di pertengahan malam yang gusar

kipas tua menyapu udara

bersama bisik-bisik kekecewaan

di sela kelipan mata penatku

hujan silam tak berhenti turun

sehingga jam sayup sayup berdenting—

mengira jarak antara dua alam ini:

aku yang sedar… atau tidur.

Walhal

malam itu hening

jendela terkatup rapat

api lilin perlahan menghilang

sudut-sudut bilik terasa menjarak

siling kaku

menelan pandanganku

fikiranku tergantung

bak debu yang enggan jatuh.

Dalam diam ini

fikiranku tetap bising—

bising yang membuatku

tidak pernah benar-benar sunyi.

Siti Nur Izzurin Roslan

Kampung Serpan, Kota Samarahan


Mimpi dan Takdir

Lakoni sahaja harimu,

walaupun dewasa tak semegah

mimpi waktu kecilmu.

Keliru,

apa pernah punya mimpi

atau takdir telah dikunci.

Kadang,

jiwa menangis tapi tak bergetar,

hati merintih namun tak terdengar,

bibir bercanda mengukir senyuman,

pedih terluka tetap bertahan.

Pesanku kepada hati,

cuma sedikit waktu lagi,

nanti nadi pasti terhenti,

dan sakit ini takkan terulangi.

Nur Hamimi binti Hamlet

Kampung Baru Ismail, Igan

Continue Reading

Previous: Menenun Penting pada Watak Amai dalam Menyusuli Amai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.