Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 5 hours ago


Serdadu dan Kapal
(untuk Sumud Fortilia)

Hari ini,
Desir angin berbisik,
pergilah, pergi

Akan aku pesan pada ombak,
Jangan kau menghempas kejam,
Usah kau menghambur redam,
Biar kali ini tenang,
Biar indra jadi saksi,
Semua terusai jadi pasti,

Tika ini,
Sang serdadu membawa mimpi,
Merdeka untuk tanah yang dijanji,
Sekian beratus lama terusir,
Dek rakus mereka,
Bertopeng insani,
Menongkat delusi,

Demi yang telah gugur, tak kembali,
Mereka tetap berserah, pasti

Bawa khabar ini bila kembali,
Serdadu sakti membelah mimpi,
Membawa harapan depan,
Kisah airmata yang telah habis,
Di ratah rakus, beratus ratus lama,
Biar jadi saksi, kemenangan yang pasti,
Doa redha sebuah kapal serdadu syurga,
Sumud Fortilia

Andennhassan

Kuching


Wahai Jiwa yang Tenang

Akal bagai hilang arah,

Mencari identiti diri,

Dalam kesamaran waktu,

Aku berputar mencari kalam penyaksian yang sirna,

Lusuh dimamah usia,

Luntur beredar zaman.

Dalam keterasingan,

aku terlupa akan Khalik.

Dalam mencari yang memahami sanubari diri,

Aku terlupa ada Yang Maha Mengerti,

Dia, Sang Pemilik Hati.

Resah diri mencari arah,

Gundah hati hilangnya himmah,

Duka tersasar kiblah,

Luka terurung musibah.

Namun di tengah runtuh segala rasa,

Ada kalam lembut yang menyapa,

“Bukankah Aku lebih dekat daripada urat lehermu?”

“Usah bersedih, Aku sentiasa bersamamu”,

Berderai air mata dalam sujud,

Terkenang pesan dari Tuhan,

Melunturkan noda dan lota penghijab hati.

Kini kutemui cahaya,

Bukan penyuluh menuju yang fana,

Tetapi pada Dia yang abadi,

Cinta kepada Ilahi.

Kini langkah perlahan kuatur,

Arah pulang tak lagi kabur,

Setiap takdir perlu kuakur,

Meluntur keegoan, keakuan dan takbur.

Dalam tiap kehilangan yang menyusul,

Pasti akan bertemu jalan

kembali kepada Ar-Rahman,

Kerana Dia telah berseru,

“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan”.

Rohaizat Rejab,

Miri


Cerita Teh

Secangkir teh persahabatan 

Beningnya seperti polos percaya 

Dinikmati lewat manisnya 

Sekian lama tak dibancuh 

Uncangnya tetap segar 

Sedikit tidak terjejas rasa 

Air hangat bukanlah bahaya 

Cuma pengantara ; uncang dan gula 

Agar hirupan hangat 

Penuh fikir nikmat 

Sepertinya seorang sahabat 

Walau sederhana, memberi erti….

Shafida Rosllan 

041125

Kota Samarahan, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Cinta yang mengangkat ke Langit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.