Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 8 hours ago


Pada Satu Angan Itu

lapang langit— birunya tak bertepi

buat layahan unggas

dan ambang awan

kembali menjadi kanak-kanak riang


angin menjelma melodi dan nada

mengulang gema asyik

simfoni lirik perbukitan

buat rerumputan menari girang



setinggi mana pun dijulang pohon

seelok mana pun disembunyi rendang

tetapkan wangi sekuntum puspa

menjemput rindu lebah

namun tersudut di dada malam

angan sekecil pelita

mendamba secemerlang purnama—

masih tak berputik nyalanya

Adie Abd Gani

Kuching, Sarawak


Sendiri di Senja

Sendiri,

Bersama sinar mentari, meniti batuan, beralas pasir

kudengar suara angin menyisir wajahku

terasa hangat ditubuh

Detik demi detik

Membuka pintu mengenal diri.


Mendengar Burung pulang

Melihat Mentari jatuh perlahan

Dan ombak

Seakan memendam sayu yang sukar diungkap

Menggamit ingatan pada senja lalu

Yang tidak kembali.




Cahaya surut ke perut malam,

Masa menelan riak hari

Angin menuntun langkahku

Ke jalan pulang,

Ke dalam redha

Yang tertulis sejak azali.

Fairuz Ismail


Sumbu

Sumbu

nyalamu

ada angin kadang mengusik

tempias hujan

derasnya jika menyimbah

kau tak kesal padam

jelaga mu tertulis sebuah cerita

jiwamu tak merasa luka

kau hanya ingin hadirkan nyala.



Meski kau diam

lengokmu kadang tergugah

bicaramu hanya sejemput terang

namun terangmu cuba menyusup jauh

bulan pun tak menyangkal

akan nyalamu

matahari juga

kau ikhlas tumpang berbakti.

Nyala sumbu

meski manfaatmu tak pada besar khalayak

memadai menyuluh sedepa ruang

ikhlasmu

dalam kelam kau hadirkan suluh

meski baktimu hanya untuk secubit bayang.

Rona Penso

10.10.22025

Continue Reading

Previous: Beluru dan Kun Kepen Akek Yah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.