Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 3 weeks ago

katakanlah tiada rindu yang dapat memecah sunyi bulan

katakanlah tiada rindu yang dapat memecah sunyi bulan

melainkan rindumu

katakalah rindu itu malam yang mengguyur

hujan di mataku

hanya rindumu yang dapat menyeru api di dadaku

hanya matamu yang layak menjadi perahuku

katakanlah kata-katamu

cermin bulan yang berselerak dalam gelita itu

katakanlah perahuku sedang menuju rumah rindumu

dan semesta-Nya sekalian saksi

puisiku merinduimu

dan wujud-Nya sekalian bulan

yang bercantum menjadi cahaya di dalam dadaku.

Angelo Taj

Limbang, Sarawak.

Bukan Tentang Burung

Katakanlah burung tidak lagi

Menujah awan, menyapa mentari

Hinggap di pohon, mematahkan

Sayap-sayap kebanggaan

Serta, mula menjejak tanah

Bukan bererti ia lelah

Hanya menginginkan

Dunia lebih kecil

Sarat rintangan, penuh berliku

Terbatas serta tidak sempurna

Lalu perlahan-lahan

Berhenti memuja langit.

Stephanie Juanita Ahlee,

Miri, Sarawak.

Ah Liew Penjual Aiskrim

panas-panas begini,

Ah Liew dan tabung aiskrimnya

lewat depan rumahku

kring kring kring!

seperti loceng

pada kaki ketika bayi

kring kring kring

tiada anak-anak kecil

menghulur tangan

mungkin takut melangkah dari pintu

bergegas aku keluar

merapati motosikal roda tiga

Ah Liew sedang sibuk

makan aiskrim-aiskrimnya

aku berpeluh, Ah Liew membeku

Angel Samling

Long Lama

2025

Continue Reading

Previous: Kesepaduan Nada, Diksi dan Emosi Penyair
Next: Dualisme dalam Cerpen “Hadiah Untuk Tuan”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.