Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 4 weeks ago

Wajah Syurga

Wajah itu

Kerutan keringat tuanya

Terpapar lesu


Kurindukan wajah itu

Redup matanya

Menatap penuh makna

Sayu membisu seribu bahasa


Wajah syurgaku

Perginya tidak kembali lagi

Menatap wajahnya

Aku jadi pilu.


Noridah Daud

Kuching

31 Oktober 2023

Stesen yang Telahku Tinggalkan

Sudah terlalu lama

stesen ini menjadi tempat

singgah menanti gerabak menabur

impian ke destinasi

indah.


Semalam, saat aku mahu menaikinya

pintu gerabak tertutup erat.

Rupanya sudah ada penumpang lain

di dalamnya.


Hari ini, kutinggalkan stesen ini

kerana gerabaknya tidak lagi

menginginkanku sebagai

penumpang.


Nabillah Bolhassan

Sibu, Sarawak.

Engkau Masih Ada

Hempasan ombak memukulku,

Langkahku terombang-ambing,

Di dasar lautan kesunyian,

Aku terkapai-kapai,

Di tengah hiruk-pikuk dunia.


Di bawah rembulan yang bisu,

Aku hanyut bersama gema waktu,

Aku bertanya pada bayang sendiri,

Adakah aku hanyut kerana pasrah,

Atau tenggelam oleh mimpi yang mati?


Dalam hening aku menyelami diri,

Bukan aku tak mahu bertahan,

Namun angin membawaku pergi,

Jauh, Seakan menulis takdir di pasir,

Hilang tanpa sempat kubaca.


Kesepian bukanlah lawanku,

Ia sahabat kala aku sendiri,

Namun di balik kelam kegelapan,

Ada gemersik halus memanggil namaku,

Berbisik lembut, “Engkau Masih Ada”.


Bangkitlah, katanya,

Engkau bukan daun layu kering,

Yang hanyut tanpa tujuan,

Engkau adalah kapal,

Yang gagah punya layar dan arah.


Claudia Simba

Miri, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Pasir, Palei dan Prosa Sebuah “Pasir Dua Belas”
Next: Hadiah untuk Tuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.