Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 years ago

Pulang, Bekal dan Impian

Hidup adalah perjalanan pulang

Menuju Rabbul ‘Alamin

Bermula persinggahan di alam ruh, alam rahim

Kemudian singgah lagi sebentar di dunia

Buat mencari dan mengutip bekal

Mencabarnya pengembaraan mencari

Memilih dan mengutip bekal yang sesuai

Bekal yang harus dibawa pulang

Siapa yang punya ilmu sahaja yang tahu

Bekal apakah yang patut mereka bawa

Ibaratnya seseorang pendaki

Yang telah mendaki ratusan gunung

Tika ingin mendaki gunung yang tinggi

Harus pendaki itu membawa bekal

Yang mudah dan ringan

Dengan harapan bila sampai ke puncak nanti

Bekalnya itu akan berguna

Begitu jugalah hidup

Semua berjalan menuju ke tempat pulang

Dan masing-masing harus punya bekal

Kutip dan pilihlah yang sesuai

Semoga bekal yang di pilih

Dan di kutip itu nanti

Bolehkan diri yang hina

Berada di bawah panji kekasihNya ص

Inilah impian terbesar

Jasmin Norhasfitri

Kuching, Sarawak.

Ruangan Peluang

Hari ini kau datang,

meminta peluang,

dari diriku yang menghilang,

kerana ingin diberi ruang.

Namun ingin sebelum itu ku kenang,

nostalgia yang pernah terluang,

ketika hati masih berjuang,

sebelum kembali menjadi pejuang.

Di mana…

kau yang dahulunya mencurah bahagia dalam perasaan yang bergelar cinta,

namun kau juga  yang dahulunya mengenalkan kepada hati apa itu perasaan kecewa,

tak terlupa  juga dahulunya kau pernah menyebarkan benih tawa,

tetapi juga menjadi pemicu hemburan kepada tangisan lara,

sehinggakan apa yang ku rasa dahulunya bak tengguli ditukar cuka.

Tambahan lagi…

kau yang  pernah hadir tika diri terdampar sunyi,

namun setelah itu kau pula yang ingin bersembunyi,

jadi berbaloikah kau rasa jika hal itu kutangisi,

disaat hati terus menerus kau hirisi.

Akhirnya nanti…

haruskah kau ku beri peluang,

jika kau kembali bertandang,

adakah harus ku buka ruang,

jika noktah cinta dahulu pernah kau buang?

Ezzati Lee

Kampung Kelka, Simunjan.

Mawar Jambu

Bangku berdamping elok

Memandang semilir menenun riuh

Gelora sepetang di Kota Mukah

Menanti kepulangan senja malar

Sementara lautan masih nyawa

Kasih di wajahmu

Melakar senyuman manis padaku

Pesonamu menggamit rindu

Suratan setia batin sejatiku

Bagaikan tantangan sekuntum lebah madu

Berdegup resah

Rindu kisah

Meluahkan sejambak cinta

Namun mendiamkan ikrar-ikrar sayang nan diari jiwa

Kapan menjemputmu, Mawar Jambu

Warnaimu mutiara kekasihku sekujur hidup

Zainulariffin Zawawi

Mukah, Sarawak

Continue Reading

Previous: Sebiji Kopi dan Profesion
Next: Naratif Seorang Nenek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.