Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 7 months ago

Kembali Menyatu

Kadang aku buntu

Akan bagaimana inginmu

Kusut akalmu menjejaskan aku


Telah lama ku sedari

Lebih mudah mengemudi sampan kolek diri

Kecil, sederhana namun mencukupi

Boleh ku kemudi seorang diri

Mengikut haluan dan mahu sendiri


Namun dalam hidup

Duganya berbagai bentuk


Aku harus utuh atas haluanku

Biarkan saja segala kesahmu

Habis marahmu moga kau kembali ke asal diri

Dan kita dapat kembali menyatu


Fadzilah Yusof

UPM Kampus Bintulu

Terima Kasih Gerimis Pagi

Sebuah belanga hitam

sudah bertahun telungkup di situ

bersenandung di bawah cucuran atap

tuk, tuk, tuk, bunyi bersahut

musik alam berirama sendiri

terima kasih gerimis pagi.


Serumpun kantan merah

sudah bertahun hidup di situ

tumbuh subur di tanih loam

dedaunnya pekat menghijau

menjadi gelongsor butir mutiara

terima kasih gerimis pagi.


Sebatang anak sungai

sudah bertahun ada di situ

tadahan air si hutan hujan

sungainya bersih habitat gemian

air mengalir ditemani titisan

terima kasih gerimis pagi.


Seorang tua di gubuk bambu

sudah bertahun menetap di situ

tanpa jemu menganyam harapan

agar waris menjaga alam

berkali sudah si tua ini

menangis sedih di dalam hujan

tanpa terlihat air mata

terima kasih gerimis pagi.


Stainly Santiago

09.09.2024

Kota Sentosa, Kuching

Bising

Bergema bingit suara

dari kamar sengsara

menyesakkan dada

dihimpit celaru jiwa.


Terkadang jeritan menyeru ngeri

dalam dengkur mimpi

dikoyak derita,

tanpa enggan mengerti

kosong bahagia

dalam mati terjaga.


Aku tersedar,

walau riuh menjadi sunyi

tanpa ditemani

ia sepi kembali.


Nur Qaireena Qaleesya binti Mohd Fadzly

Kuching,

15 September 2024.

Continue Reading

Previous: Elemen Realisme Magis dalam Cerpen “Santau”
Next: Misteri Minggu Ke-13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.