Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 10 months ago

Merdekakah Dunia?

Merdekakah aku?

merdekakah dia?

merdekakah kamu?

merdekakah mereka?


Saat jiwa terjajah,

kuasa terbatas,

keyakinan diratah,

akal dicantas.


Keras laungan ditempik,

menjulang gah tanah bertuan,

namun azam Semakin lembik,

bersaksikan awan merenung hujan.


Tatkala pengakhiran yang tetap sama,

permulaan yang belum ketara,

terus layu di celahan kuntuman bunga,

terus padam di laman fatamorgana.


Biarkan aku di sini,

mengutip serpihan budi,

mencari Damai di hati,

mengunci gerbang ilusi ngeri,

menghampar kasih di laman realiti.


Ramzi Junai

Kampung Sekaan Besar, Matu

Wira Pendendang Bangsa

Sejak titis perjuangan tumpah di sini

bumi bertuah menetaskan seribu pejuang

demi bangsa yang rindukan kedamaian

untuk negara yang menggenggam kemerdekaan.


Namamu penghias potret sejarah

bahawa sebuah wangsa itu lahir

tidak dari buih berterbangan

bahkan dari segumpal darah subur

setitik menyentuh bumi

akan membiak sejuta duri

teguh dan kental berpesta

menghunus keris pusaka

untuk hak sama rata

benih darah itu terlalu subur

menunas darah perjuangan.


Dalam peta negara

betapa silaunya sinar pagi

hasil gigih bayumu menghembus kabut.


Perjuanganmu mengajar erti merdeka

mengibar bendera ikrar

mentari hari ini akan redup

dengan senja manis

darahmu terlalu subur

akan terus tumbuh gerimis perjuangan.


Benjamin Asin

Mantera Pejuang Merdeka

Demi langit tujuh petala

Tujuh bumi persada….

Lautan tujuh bergelora…

Tujuh daratan luas saujana….

Tegak gunung tujuh petanda…

Dengan keris Tujuh Luk bersalut tembaga

Warisan berzaman ayahanda

Semangat Hang Tuah membara

Tubuh kecil pejuang ini mara


Atur segak derapan melangkah

Menongkah hasrat bangsat penjajah

Takluki daerah ku yang bertuah


Sumpah pendekar pada tanah ini

Penjajah takkan mampu berdiri

Walau dengan kuku seinci


Sumpah ku pasti…!!!!!

Biar lumpur jadi berlecah

Biar rumput jadi sejarah

Biar bibir pecah berdarah

Biar bertongkat kaki parah

Gentarku tak pernah terluah

Ku singkir penat dan lelah

Tempur penjajah biar sungkur tak tentu arah

Janjiku ku pasti….!!!

Negeriku ini bukan untuk dijajah…


Bersaksi pada kalam suci

Bergelumang pada titis darah akhir

Noktah sejarah jadi saksi…

Aku pejuang bangsa…

Aku pejuang budaya….

Berjuang bukan kerana nama…

Aku pejuang tanah merdeka…..


Coretan rasa,

Kapt.(Dr) Mohd Fadzly bin Miswan

4 Ramadhan 1430 (25 Ogos 2009)

Continue Reading

Previous: Antara Pemutarbalikan Plot dan Kekuatan Bahasa Cerpen “Anna”
Next: Kampung Sungai Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.