Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 years ago

Hidangan di Pinggan Retak

Biskut manis tergenggam erat di tangan uzur

rintik membasahi ubun

tergaris senyum di bibir pucat

seakan memujuk mereka menoleh

berharap wajah asing itu bertukar pandang

tetapi

tiada siapa peduli.

Hanya ketika tiada siapa berjalan

si tua itu menadah tangan

sedikit demi sedikit garis senyum berbalam

cahayanya diganti hiba

surut menerpa bagai lopak air

menadah simpati daripada pemberi rezeki.

Tua seorang wanita

debu-debu jalan melekat di wajah

ada indah yang melirik di hati manusia

jiwa syukur membawanya

menemui bahagia.

Dia wanita tua diacah mentari

demi kesayangan menanti

hidup untuk satu hari lagi.

Lelahnya hilang di teduhan hujan

bahang dan rintik tetap untuknya melangkah

mencari rezeki

untuk diisi di pinggan retak.

Norizan Ramli

Sibu Jaya

Sepetang

menggenting emosi

dipercik mentari buta

diburu secalit resah.

Sepetang

berdiri diambang kehidupan

ilham semakin tenat

menggapai impian pengabdian

penuh bebanan.

Sepetang

ego memuncak resah

bicara kosong semata

tercabar;

dicabar;

taulan arif perkasa

iman membatas segala.

Dayang Maslina @ Puteri Benak

Kuching, Sarawak.

Terima Kasih Keranda

(kenangan untuk sekalian mantan)

Pagi itu tidak begitu biru seperti selalu

ketika posmen menyapa aku terus berlalu

membaling sepucuk surat bersampul merah biru

wanginya bedak tidak berdebu ketika lipat empat dibuka

khabarnya sendiri aku tidak terduga

entah kenapa dia memanggil aku keranda

adakah aku sekujur seperti larung

mengurung kejur jasad terkubur

tintanya tiada bermaksud apa

hanya mengirim khabar rindu membeku

sukma meronta terkapai-kapai ingin dibelai.

Di kejauhan berkata mahu ingin pulang

ada peluang mengapa masih lagi terhalang

janji hanya bersulam emas kesuraman

hari-hari menanti menjadi semakin sepi

ternyata benar pungguk merindukan rembulan

tidur terasa berbantalkan lengan

siang dibayangi malam yang berpanjangan

menanti suntingan menghalalkan ikatan.

Malam masih menjadi teman akrabku

menghirup pilu rindu bercampur lesu

dalam warkah itu katanya hanya bercanda

menyatakan mengapa memanggil aku keranda

katanya aku seperti larung mendakap eratnya jiwanya

memasung setiap inci jasadnya dalam sepanjang ketika

merantai ikatan rasa kasih yang mendalam

menguji kesetiaan ketika saling berjauhan

kerana mahu sehidup semati pada dasarnya

akanku kuburkan dia selamanya dalam keranda jiwa

yang tidak bisa siapa gembur-gali

dengan jurus sakti sekalian alam dunia.

Bandang Anak Galayan

Miri, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Kek Marble Jelita: KBAT dalam Karya
Next: Dari Kuali ke Mesin Probat G45

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.