Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 12 months ago

Lukisan Hidup

Aku hidup di pentas kertas
lukisan berdegup yang bergerak bebas
di dalam lingkungan terbatas
– Abizai

Bila satu waktu
berus kehidupan terukir pelangi
indah warna membungakan hati
kadang tersisa takdir disyukuri
kadang mendongak bongkak mengaburi


Bila tiba pada lingkungannya
tetap semua di atas bumi
tubuh yang kaku
ditinggal roh dilambai pergi

Siti Hajar Ramli

Kuching

Menunggumu Walau Habis Terang

Dalam gelap sendiri

mengimpi cahaya

menjadi teman menunggu

perjalanan dikemudi sehabis baik

namun siapa tahu ia bukan yang terbaik

tetapi tak bererti harus menarik diri

rasa putus asa tolak ke tepi

kerana walau habis terang sekalipun

aku tetap menunggumu

atau mungkin lagi, kauundur diri

aku kekal di situ

aku hanya insan yang percaya

walau habis terang, hari itu tetap bercahaya.


Alice Mohd

Oh, Tuhan! Izinkan Aku Menjadi Kucing

Oh, Tuhan! Bisakah aku bertanya?

atau melakar untai-untai pujangga

sudah lama membengkak membeban pundak

bernanah merah menyelaputi ketulan hati

kerana tiada siapa tempat aku menuju

sukar kutemu di mana hendak mengadu

aku buntu terus membisu

mencari jalan yang menenangkan

malah bertemu segala kegagalan.


Oh, Tuhan! Aku mahu bertanya lagi?

atau melarik butir-butir kalimah

suatu perjalanan panjang bertualang di bumi

bukan sesuatu aku sesali

bertatih letih merangkak lelah kesepian

terhuyung dalam keresahan pemikiran

terpasung meringkuk lemah terhumban

dalam sebuah kematian yang tidak bernisan.


Oh, Tuhan! Jika bertanya kepada aku?

atau menyimpul segala perbincangan

aku lelah menjadi manusia menjadi tua

sudah puas menahan gegaran perasaan

dicerca palitan setiap penghinaan

aku hanya memohon sebuah keizinan

yang mungkin tidak Engkau tunaikan

kerana belum pernah terjadi selama ini.


Oh, Tuhan! Hanya satu pintaku?

atau biarkan saja anganku menjadi kelabu

aku hanya mahu menjadi seekor kucing

disayangi oleh umat manusia

dibelai manja setiap inci masa

diberi rumah selesa tidur lena

ditangisi kehilangannya dicari sehingga jumpa

dibela dengan penuh jiwa dan raga

mungkin jika begitu aku tidak sengsara

menguis segala penderitaan perasaan

yang mungkin tiada kesudahan.


Bandang Galayan

Miri, 18 Januari 2024.

Continue Reading

Previous: Keseimbangan antara Nilai Ilmu dan Elemen Sastera dalam Cerpen
Next: Distimia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.