Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Kelupis Emak

I

Sebebat kelupis emak

mengandung lima jari

diikat kemas dan rapi

juadah wajibnya di Aidilfitri.


II

Sekeping hati emak

carik diruntun alunan takbir

anak dinanti sudah mungkir

bapa dahulu bertemu takdir.


III

“Suamiku… Mungkinkah mereka tidak sudi lagi menjamah kelupisku?”


Ibnu Hassan

Tanjung Manis, Sarawak.


Glosari

sebebat          :seikat

jari                   : penjodoh bilangan bagi kelupis dalam masyarakat Melayu Sarawak

Guruku Pelita Hati

Guruku, kaulah insan mulia

engkaulah pahlawan kepada muridmu

engkau bagaikan cahaya menerangi jiwa

engkau mengajar kami pelbagai cara

kerana engkau masa depanku tergapai

membawaku ke jalan yang benar


Guruku pelita hati

sedia berkorban jiwa dan raga

demi melihat anak didikmu berjaya

berjaya menjadi insan berakhlak mulia

yang inginkan insan masa depan negara

memuncak nama pembela sejahtera


Guruku tercinta

duduklah seorang guru yang bijaksana

menyinari hati kami dengan sinar cahaya

guru jasamu takkan kami lupa

kelak ilmumu akan menjadi pelita

guru kaulah pahlawan tanpa tanda jasa

guru kaulah pelita dalam hidupku


Anita Melin
Rh. Diau Pulau Raya, Kapit

Kota Lamunan

Bingitan pasar memecah sunyi kota

hamparan manusia beraneka warna

menjadi sepi tiada tara

hanya sebuah kota dengan rasa bangga.


Berjalan aku, seorang diri

menoleh kanan dan kiri

berada aku di bawah tiang api

hasrat hati mahu menyeberangi

namun masih empat roda itu bingit sekali.


Dunia ini dunia bukan untuk sepi

luahkan rasa yang terkumpul dalam hati

kau sebarkan kepada yang lemah ini

agar bangkit tidak sendiri.


Kota lamunan kota penuh harapan

lamunan bukan sembarangan

sebuah cita-cita menjadi kebanggaan

ini bukan mainan atau gurauan

kota penuh dengan impian

menutup segala penderitaan

hasad yang dulunya memudaratkan

pada jiwa lemah hilang pedoman

hingga hati yang mematikan

sedar! Kota lamunan kota kebangkitan!


Dani Suhaimi

Kuching

Continue Reading

Previous: Keseragaman Sebuah Seragam Syawal
Next: Perjuangan yang Terakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.