PUISI

Facebook
WhatsApp

Sapaan Ramadan

Di manakah amalku?

mungkin hanya sesedap lauk di meja

diratah tanpa rasa bersalah

akhirnya menjadi najis sia-sia


Diterimakah doaku?

bisikan keinsafan dari dosa silam

membasahi bibir

atau hanya rungutan seorang hamba


Bergantikah dahaga dan laparku?

dari terbit sehingga terbenam fajar

atau sekadar nafsu yang tertahan

tanpa sebarang ganjaran


Bertemukah aku dengan Lailatul Qadar?

malam digandakan pahala

lebih baik dari seribu bulan

atau tewas dek mengantuknya mata


Wahai Ramadan bulan keampunan

cekal kutadah tangan ke langit

bersama air mata hiba

menumpahkan segala dosa

dambaku keampunan dari Al-Ghafur


Ramzi Junai

Kampung Sekaan Besar, Matu.

06/04/23

Kalam Allah

bebola jingga perlahan sirna

ditelan gelap malam

hening…dingin…berdakap

resah dan gusar silih berganti

terimbau dosa silam pada diri

bunga-bunga kebimbangan

mekar di kelopak sanubari

masihkah peluang kembali kepadamu Rabbi ?

kugagahi diri memohon petunjuk Ilahi

di atas sejadah putih nan bersih

kulantunkan kalammu, Ya Allah

min awwali bismillah

tanpa kusedari

titisan air jernih membasahi pipi

sesal sukma memikir wahyu suci

dibiar sepi selama ini

berdebu dalam laci.


Al-Quran Al-Karim

kalam tertinggi

tanda keagungan Yang Maha Esa

anugerah kepada kekasih pilihan-Nya

pada malam seribu keberkatan

alunannya menyegarkan halwa telinga

hati yang gundah

kini kembali mesra.


Sapinah Abd. Nasir

IPG Kampus Rajang

Belantan

Ranting usang

dari belantara pancaroba

kujadikan belantan

buat pendakian denai curam

berseluk onar kejam.


Perlahan pun ikhtiar telapak

biar akhirnya di puncak

sebelum aku tenggelam

dalam bentala suram.

Namun ranting harapan

yang kujadikan belantan

kini rapuh

tiada daya, tiada tenaga

buat orakan langkah.


Masih tiada

pengganti baharu

si tongkat teguh

buat tunjangan

sisa hidup nan angkuh.


Adie Abd Gani

Kuching, Sarawak.

Antara Dua Diam

HARI pertama aku pegang dia. Kecil. Cerah kulitnya, ikut mak. Tangisannya kuat, seolah-olah dia belum bersedia menghadapi dunia. “Abang nak

Unsur Prosa dan Puitis dalam Sajak

APABILA membuat penelitian terhadap sesebuah sajak, selalunya usaha lebih tertumpu untuk memahami aspek intelektualisme dan nilai ilmunya. Namun pada masa

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem

Puisi

Lara Hati Jika diikut lara hati ingin terasing membawa diri pergi jauh menuju alam nian abadi. Lara hati membawa lari,