Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Rantauan Jiwa

Jiwaku di perantauan

Sering penuh dengan tipu helah

Mengatakan aku sering baik-baik saja

Waktu banyak kuhabiskan dengan bercengkerama

Di ruang yang penuh dengan cerca

Tapi aku berseloroh penuh gelak tawa

Meski pahitnya ku telan demi menutupi lara


Jiwaku masih merantau

Melilau sekeliling dengan harapan

Adanya tangan yang bakal menggapai

Punya bahu bersandar dan mengingatkan

Bahawa aku sedang tidak bersedia

Sedang dalam berpura-pura gagah

Luaran teguh namun raganya rapuh


Ku tulis coretan

Seorang anak di perantauan

Semoga damai tetap memeluknya

Meski badai sering memukul dan menghanyutkan


Zieyra Alih

UNIMAS

Seorang Guru Tua

Seorang guru tua

saban hari menyusun kata bermakna

mencerna minda anak didiknya

dengan ilmu, aksara, nombor

dan santun bahasa…


Walau di mana tugas digalasnya

dia tekun menyantuni anak-anak didiknya

dengan sarat imaginasi…

di sekolah tua

di kaki gunung di entigis itu,

dia mengerah mindanya

demi anak-anak bangsa

tanpa dimintanya balasan apa-apa…

dialah seorang guru tua penuh jasa.


Kini dia menyusun hari-hari terakhir

setelah dunia pendidikan ditinggalkan.

Dia merenung jauh, mengimbau kenangan hari-hari semalamnya

menabur keringat di ceruk desa dan kampung.

Segalanya tinggal memori,

sesekali mengusik hati rindu

mengocak rasa sendu,

menitislah air mata kepuasan

kerana dia tetap seorang guru

di ceruk mana pun dia bersemadi nanti

dia adalah seorang guru sarat bakti

Ilmunya tidak pernah mati

akan terus lestari generasi ke generasi …


Mohd Noor Asa’a

Simunjan, Sarawak.

Wanita Itu Persis Aku

Wanita itu beria-ia membuktikan cinta,

Mungkin sahaja hatinya baru terbuka,

Dia sedar cinta itu bukan sekadar aksara,

Sekadar pautan rasa mencengkam minda.


Wanita itu beria-ia membuktikan cinta,

Tak sedar bukan cinta sebenar dia kejar,

Menderita jiwa raga kejar sang bahagia,

Tak kunjung jua cinta sejati nan luhur.


Wanita itu beria-ia membuktikan cinta,

Dia tak mengerti cinta sejati atau obsesi,

Kadangkala pejuang cinta merana muda,

Perjuangan sia-sia ternyata memakan diri.


Wanita itu beria-ia membuktikan cinta,

Malapetaka cinta hadir dek undangan,

Segerombolan kecewa pun tiba menerpa,

Merumitkan lagi hidup penuh percaturan.


Wanita itu beria-ia membuktikan cinta,

Cinta nan tulus ditentang berhabisan,

Begitulah daya mengundang nestapa,

Begitulah riwayat cinta sebuah perjalanan.


Marilyn A.M

Miri

Continue Reading

Previous: Paradoks Antara Masalah Psikologi, Penipuan dan Persoalan Agama
Next: Dorm Kemunting

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.