Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Kebunku

Kebunku adalah penulisan

benih berjiwa seni dalam sanubari

bercambah dari bahasa tersusun indah

dedaunan adalah tinta dan kalam

pepohonan percambahan ilmu dari rakan

akar minda anugerah Allah.


Ranting-ranting idea dikongsikan

dahan hasil seni rakan karyawan

berbunga cinta seni azali

buah hasil nukilan asli.


Hasil kebun ke media sosial

ketentuan tuaian editor penerbitan

buah cukup enak penilaian pembaca budiman

lazat rasa pentafsiran penganalisa tulisan.


Muhamad Bohari

Dusun Bayu Demak Laut

3 April 2022

Sempena 100 Tahun SK Abang Haji Matahir, Sarikei

Di atas dataran ilmu nan abadi

berdiri kukuhnya sebuah sekolah,

yang seratus tahun sudah usianya,

mencanai kasih-sayang dalam hikmah,

mendidik generasi demi generasi,

mengukir sejarah, melangkah berdikari,

menjadi yang terbaik antara yang baik,

walau sayup-sayup bingitnya pasar dan trafik,

impak jayanya jangan sekali kau ragu.


Di situlah,

pohon ilmu berbuah cemerlang

membimbing anak bangsa, mendepani cakrawala,

menobat Sarikei sesarwajagat.


Sesungguhnya,

seratus tahunnya adalah orakan sebuah perjalanan,

menyambut masa depan yang penuh warna-warni

sejahteralah dikau sekolahku tercinta,

SK Abang Haji Matahir,

semoga jalinan masa lalu, kini dan nantimu,

bergema dalam pujian suci,

menelusuri nurani,

memayungi duniawi dan ukhrawi.


Hafiz Mustapha,

Sarikei

17.12.2023

Aku Orang Kuching

Aku ingin jadi orang Kuching

bukan orang KK atau JB

kebanggaanku yang menjadi satu kenyataan

rinduku tak terkira

budaya uniknya yang sendiri

gerak tari ombak Pantai Lundu

   yang tidak pernah selesai

jika lama tidak mendaki

ingin berbicara dengan langit

aku rindu kuching jika tidak lama bertemu

rindu Kampung Budaya dan

   gugusan rumah Sarawak, rindu

muzium, rindu

   bau Pantai Santubong.


Aku ingin jadi orang Kuching

bukan orang KL atau orang KB

kesombonganku untuk mengharumkan ibu negeriku

jika lama tidak ke Taman Negara Bako, rindu

   harum bunga pakma, rindu

   pada gunung Jagoi,

suara rimba dan kicauan burung Gua Fairy

aku rindu Kuching jika lama berjauhan

terkenang Pustaka, Taman Budaya dan

   Wisma Bapa Malaysia

rindu PetroSains ingat Dewan Suarah Kuching.


Kuching benar benar melihat aku dewasa

menjadikan aku, berani gagah seperti pahlawan Iban,

tabah seperti wanita Bidayuh,

sekali melangkah, jangan berpaling

tetapi aku rindu kemajuan di Kuching

salahkah aku menjadi orang Kuching?


Benjamin Asin

Continue Reading

Previous: Gores Pincang pada Potret Duka dalam Cerpen “Hajat Puspa Paru”
Next: Umrah yang Tertunda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.