Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Abstrak

Di antara khayalan yang asyik

Dan angan yang kabur

Ada rasa yang bergolak

Mencari peluang

Menuntun haluan

Kadangkala berlarian

Kemudian perlahan

Samada mengejar atau meniti rentak 

Tiada pasti…


Pada akhirnya kelompangan

Digerogoti masa 

Pecah empangan mata

Sesal tiada guna.


Shafida Rosllan

Kota Samarahan, Sarawak.

11.31pm

041223

Berhentilah

Berhentilah.

Kita sudah terlalu khayal

bermain kaca cahaya

hingga kita lupa,

papan congkak buatan ayahda

mengumpul debu di bawah

katil sendiri.


Berhentilah.

Kita sudah sering memakai

topi hipster yang lusuh.

Sedangkan tanjak jahitan bonda

terbiar berlubang,

dimakan gegat.


Berhentilah.

Kita sudah nian

mendengar petik gitar elektrik

yang membingit cuping telinga.

Hingga terbiar

Sape’ kiriman nenda

terputus talinya, digigit tikus.


Berhentilah.

Kita sudah biasa menghafal

tari patah dari kebaratan

hingga tak reti

lenggok canggung ajaran bangsa


Berhentilah…

Berhentilah…

Berhentilah…


Adhwa Mahyuddin

Balai Budaya DBP Kuching

Apakah Sekarang Senja?

Pada hujung senja.


Kekasih menanti aku di kaki langit

bersama sinar mentari yang mengufuk

cahayanya merah jingga.


Aku masih di sini

terlantar menghadap langit

samar-samar aku melihat, langit itu masih biru.

molekul-molekul udara halus menyebar cahaya keinginan dan “nafsu”

bersamanya masih kuhidu wangi dunia

cahaya mentari tengah hari itu menusuk kornea

masih jelas syurga dunia

di balik kelopak mataku yang hampir tertutup sempurna.


Seketika dadaku megombak

nafasku beralun tunggal.


Kekasih…

Apakah sekarang senja?

Dalam kebiruan langit di sana…


Ramli Hassan

Continue Reading

Previous: Menekuni Erti Persahabatan Menerusi “Bahu untuk Berkongsi Duka”
Next: Hajat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.