Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago
\

Tertipu Mimpi

Perjalanan sejauh ini

hampir membuatku tersesat

aku khayal oleh keindahan kurniaan-Mu

personanya melenakan

mengayun hajat-hajatku dalam buaian mimpi

kini… bertukar jerangkap yang menjerat

aku seakan tertolak ke jalan tanpa alamat

susurnya membingungkan; tak kunjung berujung

seperti anak panah yang dilepas bebas,

aku mencari arah yang hilang dalam kerumitan ini.


Persimpangan yang mengelabui

jalan panjang yang melelahkan

liku-liku yang menguji perasaan,

aku dirantai belenggu pilihan dan kegelisahan

yang akhirnya merentap sambalewaku

aku terpuruk dibungkam kesedihan

destinasi yang kuinginkan

rupanya mencarik perca bahagia.


Jalan yang mempersona itu

hanya sebuah mimpi yang indah

cita-cita yang dahulunya kejap

bak pepasir, semakin digenggam semakin berjatuhan

sinar angan-angan yang sukar difahami

temaram lalu sirna menyiat keperitan.


Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,

Ampunilah aku yang tewas ini

dalam perjalanan panjang membingungkan

aku tertipu oleh mimpi.


Meena Nahar

Gaza Mendakap Syurga

Di mata senjata tiada belas

tak sedikit pun menusuk gentar

kurenungi setiap wajah tulus

tiada lagi air mata kesedihan

hanya keringat perjuangan

mengalir selaut kesungguhan

berkorban demi tanah milikmu

kautadah dadamu

menyambut hujan peluru

laungan takbir bersahutan

senyaring bedilan peluru berpandu

meranapkan bangunan dan harapan

cebisan daging menghiasi jalan

rumput berselaput merah

segenap kota beraroma darah

pada jasad bergelimpangan

terukir senyuman kepuasan

beruntunglah wahai para syuhada

dimuliakan roh-roh mereka

dijemput burung-burung keriangan

lalu bersiar-siar di taman syurga

indah jalanmu menuju Maha Pencipta .


Rawjie

SK Orang Kaya Muda

30/10/23

Tecoma Ungu

Tecoma ungu bertandak,

berbuai diiring desir angin

redup mata hati memeluk pandangan

dingin mendaduh sukma

umpama mencecah hujung kaki di kali

menghirup wangian pagi.


Semenjana mendadung bahagia

menerpa busur memanah kata

laksana petir merentap jiwa

menampar kalbu seakan berdosa

membesit akal hilang segala

melibas pandangan kabur meraba.


Mengapa… mengapa

andai tidak kautemui bahagia

usah kau seretku ke lembah duka.


Sarat, layuh, lintuh

nafas, jiwa hatta fikiranku

ujungnya kurebah dalam gejolak jiwa

sentakannya menggegarkan roh dan nyawa

umpama tecoma ungu layu gugur serata-rata.


Bangkitlah duhai jiwa

berjuanglah…

meski dihunjam bicara menusuk dada

kata Hamka,


“Cinta bukan melemahkan hati,

bukan membawa putus asa,

bukan menimbulkan tangis sedu sedan.

Tetapi cinta menghidupkan pengharapan,

menguatkan hati dalam perjuangan

menempuh onak dan duri penghidupan.”


Bangkitlah

bagai pepohonan tecoma ungu

yang mengintai cahaya

untuk terus berbunga.


Muhammad Qhidir Mat Isa

Continue Reading

Previous: Keseronokan Lelaki Yang Sibuk Mati
Next: Bahu Untuk Berkongsi Duka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.