Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 1 year ago

Disleksia Aksara

Kepulan semantik bingung
mengelilingi fonologi songsang
pada bejat mutasi gen
atau serebrum benak menafsir
(lalu ku eja….a i s k e l s i d)
______jua demikian ku tulis

apakah aku yang bodoh?
dipermainkan minda bercelaru
atau selingkuh pancainderaku
pada tanda baca yang keliru

Pelik yang benar…
walau dimensiku luas misterius

tetap cuplikanku dibaca
sang pencinta bahasa
___walau banyak celanya

Mohd Fadzly Hj MiswanKuching, 7 Jun 23

Simfoni Hidup

Abu senja melayang menyaluti mangkuk malam,
Ada bahasa yang mula berbicara di mata,
Ada intonasi protes suara,
Ada keharuan mula melambai dada.

Nostalgia lama bertaut seperti kiambang,
Menerjah kotak memori lampau,
Di pentas kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri,
Demi kehidupan yang indah abadi.

Esok mungkin cerah,
Segala-galanya pasti akan berubah,
Ruang fikiran mulai menerjah,
Untuk hari esok yang lebih gagah
Simfoni hidup penuh ujian dan pancaroba,
Ibarat aspal yang penuh kerikil,
Menuju lembah kebahagiaan,
Merangkak dalam lingkungan keperitan,
Menyuluh dalam kegelapan yang penuh kesusahan.
Kerana….
Latar hidup yang berlainan membentuk dalam acuan sendiri.

Huzaifi M.A.

MRSM Mukah

Fonograf Eksotika

maafkan kami Palestina,

kota tuamu sedang meraung

dan kami masih terleka

pada dunia yang tiada lagi harga

hujan–hujan bom dan darah

yang kami senyapkan balistik rintiknya

adalah tangismu

yang entah ke berapa kali

tenggelam dalam waktu

putaran–putaran suaranya

berkumandang di corong–corong fonograf

mereka yang menikmati kesyahduannya

dan muzika–muzika itu

menghiburkan

dunia yang mencengkamnya.


“kematian, adalah bau jiwa yang paling sentimental eksotikanya”.


Angelo Taj

Limbang, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Rasa Makna Sebuah Sajak
Next: Kisah Sang Beluncas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.