Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

MENCATAT DUKANYA di Tanah Lesu

Anak gadis kecil berdiri

mencatat Alhamdulillah

luar tembok rumah sakit

pandangan senja ke hujung kosong

angin kotor menjamah pipi

warna hidupnya bertukar kelabu

hanya asap dan debu lesu

melarikan suara getar ketakutan

sendirian menyeka airmata darah

teman sepermainan telah pergi.


Seorang gadis kecil berlari

mencari janji dan persoalan

tanah terancam berzaman dendam

teriakan dan tangisan jadi santapan

walau ujian menambah beban

tumpahnya darah syuhada

masih ada yang mengutip syukur

walau nafas resah berbaur

dan tempat berteduh sasaran kegilaan

sisi catatan Laa ilaaha illallah

sempat menutupi duka.


Dalia Kasim

Kuching, 25 Oktober 2023

Rajang Harum Mewangi

(Khas reunion guru pelatih RTC/MPR 1965-1985)

Rajangku…

namamu mekar dihatiku

kutitipkan airmata ini

penawar kerinduan terhadapmu.


Rajang oh Rajang…

namamu harum mewangi

kutinggalkanmu buat seketika

tuntutan negara terjelma kini.


Namun…

aku tidak lupa pengorbananmu

mengenal erti ilmu yang jitu

membentuk diriku jadi pendidik

memajukan anak watan tercinta.


Rajang pujianku…

walaupun bayanganmu kian pudar

kutinggalkan…

dari segenap pelosok kalbu mengaburimu

semangat kian kental

menjulang persada dunia namamu.


Kini…

diriku pergi meninggalkanmu…

kuwariskan ilmu buat anak watan

masih dahaga keilmuan

pembentuk generasi insani dirimu.


16 Ogos 2021…

tarikh keramat bagiku

kini kukembali bersamamu

wargamu menerajui takta

24 purnama bersamamu

menikmati kejayaan kian hadir

i-CET22 serta sukan kupertaruhkan

wajahmu kubangunkan…

mencapai impian nyata…

Go-Global IPG menjadi bukti kejayaan.


31 Julai 2023…

kita akui erti perpisahan kini…

tidak kepastian ketemu lagi…

Batu Lintang menjadi saksi kehadiranku.


Selamat tinggal                                         

Rajang Harum Mewangi.                                       


Dr. Abang Ismail

Hatyai 24 Julai 2023

Lantaran Hujan

Gugusan awan hitam

yang bunting air,

memuntahkan titisan hujan.

Dentuman guruh seolah teriakan tiada penghujung

Kilat pun memancar seakan tiada pengakhir.

Bumi pun renyah

Dedaun pepohonan terbungkam kedinginan.


Aku bersandar pada dinding

seraya melihat titis hujan merejam bumi.

Kekuasaan Allah tiada yang mampu menyanggahnya.

Lantaran pelukan cuaca dingin,

kantung perutku terasa terketar,

seolah mendendangkan lagu syahdu,

mendodoi pasrah rasa

lapar yang merengek…


Mohd Noor Asa’a

Simunjan, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Titipkan Pustaka Pengalaman Pembacaan dalam Karya
Next: Tandu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.