Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 years ago

Mimpi

Aku cuba bernafas sebaiknya

Menjalani hidup biasa tetapi banyak kekacauan

Orang tak penting seperti aku

Punya cita-cita yang tinggi terpendam

Angan kubentang

Mimpi kusandang

Bayangan cuba kusampaikan

Aku tidaklah pandai menulis

Luahan hati saja yang menjadi tulisanku

Puisi atau ekspresi?

Kedua-duanya bagiku adalah untuk mengubat hati

Biarlah aku duduk di tepi pantai mencari tenang

Daripada aku berdiri di tengah jalan yang sibuk

Cuba mencapai yang tidak tahu akan dapatkah?

Tetapi, tidak bermakna aku akan hanya melihat, menelan air liur, berputih mata

Akan aku cuba realisasikan

Walaupun mungkin mengambil masa bertahun lamanya

Cukuplah aku dikenang seperti Buya Hamka

Alice Mohd

Kuching

Lelaki Tua dan Belon Helium

Seorang lelaki tua

duduk di padang lapang

menggenggam erat segumpal tali belon helium

sesaat pun tak pernah dilepaskan.

Lalu sang angin bertiup kencang

menumbangkan tubuh kecil lelaki tua itu

terlerai genggaman jari kerepot lemahnya

melepaskan belon-belon helium

terbang tinggi ke udara.

Stefanie Kaso

Kapit, Sarawak.

Naratif Ramadan

Menyelak helaian diarimu, getar emosi terarah pada kepekatan warna takwim. Hijau itu pilihan, lambang penyatuan seluruh hambamu. Tersimpan kisah yang mampu menyedar akan keberadaannya. Perlahan ia menyantun isi hati kepada sekalian pesuruh yang dahagakan kemaafan. Bulan sarat percambahan nilai murni. Seketika berkeluh pada diri, apakah kita seiring menggendong amalan suruhan dan tuntutannya? Tangan kanan diangkat dan diletak pada dada. Mengurut lembut dalam lafaz Astagfirullah. Demikian kita sebagai hambanya menunduk pada gerbang agung keberkatan. Terpesona melarik bulan ketenangan bersimpulkan ketabahan. Bersila pada dedaun lantai beralaskan sejadah sambil membaca doa kebaikan. Lantas mengalir satu persatu kekhilafan dibasahi genangan alur keinsafan. Rawan pada hati menyentuh keampunan dibalut bisikan kekesalan, bersama harapan Allah maha mendengar. Khusyuk pada jiwa bukan di dunia semata tetapi ganjaran terhebat adalah di pengakhiran perjalanan hidup kita dan memilih taat. Mari, gandakan coretan perilaku mulia demi noktah yang berakhir bahagia. 

Adam Buck Lee

Kuala Lumpur

13 April 2022

Continue Reading

Previous: Tafsiran Budaya Menerusi Cerpen “Jangan Ditindih-tindih”
Next: Hanyut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.