Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Nusa Tercinta

Nusa tercintaku Malaysia,
demimu kurela berkorban,
demimu kurela berlawan,
pertahankan dari segala petualang,
ancaman menerjang tetap kuhadang.


Aku galas hasrat poyang dan moyang,
dalam gebar menyirat,
dalam siraman air mata keringat,
bertekad terus berbakti,
berjanji terus berjasa.


Malaysia,
gah namamu seantero persada dunia,
aku bangga lahir di sini,
tanah ini menjadi saksi bahagia deritaku,
membara semangat mengepal kudrat,
lestarikan kemerdekaan nusa tercinta.

Huzaifi M.A

Maktab Rendah Sains Mara, Mukah.

Dirgahayu Kenyalang

Setelah enam dekad mengibarkan sayap,

kenyalang kini tidak mengenali batas,

menongkah arus cabaran dengan penuh payah,

menunas cita-cita bangsa di laman kemerdekaan.

Sukma kegemilangan menjadi pedoman,

pulau keagungan menjadi tujuan,

bangsa berbilang berjaya disatukan,

sayap perpaduan menjadi kebanggaan.

Ribut kemelut mencabar kenyalang,

kenyalang harungi dengan kekuatan,

ribut berganti ribut,

usaha berganti usaha,

bersatu padu kenyalang mencapai jaya.

Di langit ini,

kenyalang pantang menyerah,

setiap kibaran,

ibarat bayuan kejayaan,

mengharumkan nama,

menggegarkan dunia,

kini kenyalang gagah perkasa.

Bak langit subuh membaluti kegelapan malam,

kenyalang gantikan kejatuhan dengan kemenangan,

kejatuhan demi kejatuhan,

kebangkitan demi kebangkitan,

sejarah diukir di landasan kegemilangan.

Di pentas keagungan,

kenyalang megah diperkatakan,

ibarat raja di zamin kayangan,

dipandang tinggi,

disanjung tinggi,

dirgahayu kenyalang,

maju dan makmur.

Nur Syahmin Shamsol

IPGK Rajang

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

MERDEKA MERDEKA MERDEKA,

lafaz keramat ogos 31,

tanda hati menyatu,

tanda sorotan duka berlalu,

dari mat putih bermata biru,

juga sang hitam berpeluru.

MERDEKA MERDEKA MERDEKA,

66 tahun telah berlalu,

bisa lukanya masih baru,

usah alpa abai seteru,

sesekali mengintai ditabir waktu,

dihujung jari menyusup bak hantu.

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

tua muda marilah bersatu,

menghidup roh juang tunku

karna negaraku cuma satu,

tanahair tumpah darahku

cinta….kasih….dirgahayu.

Norhayati Iskandar

Sibu, Sarawak.

Continue Reading

Previous: Menyantap Sajak
Next: Tilapia yang Merenangi Kolam Manusiawi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.