Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Aku Sinar Dunia

Dalam pancaran sinaran nur-Nya

terang gelap cahaya dunia

merintis jalan lurus berliku

keriangan sayu membuak rasa.

Hati yang meronta-ronta

mengikat leraian nafsu gelora

menerangi sinar kabur mata

menyerlahkan mendung jiwa.

Menggegarkan ketakutan keberanian

menegakkan kebenaran kebatilan

kekuatan kelemahan onak fikiran

menajamkan tumpul jiwa keinsafan.

Keberanian kegerunan membina imaginasi

menggugah perdu menggapai puncak

melonjak kepastian kesangsian fikiran

menjulang ketahanan kerapuhan hati.

Nora Morshidi

Kuching.

5 Julai 2023.

Mekar dalam Duga

Kehidupan ibaratkan bunga

tanpa air dan cahaya

layulah ia

tanpa dorongan menyimpul

jiwa pasti masyghul

usahlah risau

setiap bunga tentu akan mekar

bukan sekarang

mungkin esok

atau bila ia ditakdirkan

lihatlah si bunga

walau dirintangi sejuta dugaan

tegar membenih madu

buat sang lebah dan unggas.

Nur Batrishya

Miri

Permata 722

Oh Sarawak, permata kesayanganku,
Di mana sungai dan gunung bertemu,
Keindahanmu menjadi nyanyian dalam sanubariku,
Didendang merdu dalam desiran anginmu.

Warisanmu yang kaya dan abadi,
Wargamu yang harmoni diangkat tinggi,
Dari setiap rumah panjang ke menara tinggi,
Kesejahteraan dan keamananmu sentiasa dirasai.

Tarikh keramat 722 menjadi saksi,
Termeterainya sebuah ikatan janji,
Bersatu melangkah di bawah satu panji,
Jalur Gemilang berkibar di tanah airku ini.

Permataku terbang gagah bagai kenyalang,
Membangun masa depan yang cemerlang,
Dengan semangat yang tidak pernah lekang,
Ditunjangi puluhan sukuan yang tersayang.

Biarpun diuji dengan pelbagai cabaran,
Wargamu ini tetap menjunjung kebersamaan,
Segulai, Sejalai menjadi prinsip kehidupan,
Agar tanah airku ini terus maju ke hadapan.

Bersoraklah dengan penuh kesyukuran,
Permataku tidak lagi dipandang ringan,
Kini menjadi nadi kemakmuran persekutuan,
Hasil kegigihan rakyat pelbagai lapisan.

Oh Sarawak, Ibu Pertiwiku,
Semoga terus maju tanpa lesu,
Mengorak langkah yang lebih padu,
Mengangkat Malaysia ke era baharu.

Niniefadzillea Iswandi

Continue Reading

Previous: Pemulihan Rohani
Next: Pak Su (Pejuang yang Tak Didendang)

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.