Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Ayahku Berpulang

Kukucup mesra tangannya

yang dalam qiam sempurna

urat² timbul merata

belulang di tapak tangan

masih sekeras sedekad yang lepas

tatkala menghayun leban dan babas

demi menyambung nafas

hari ini,

dua tangan itu pegun dalam qiam yang rukun.

Seketika kutancap mata ke wajahnya

ada seri yang masih sama dari zaman mudanya

ada ukir senyum menongkah kedut wajah

mengangkat seri muka yang kematian darah

senyum inilah

yang dahulunya menyimpan sejuta resah

berjuta masalah

yang digumam teguh balutan tawakal dan tabah

namun, senyumannya kali ini

hanya bisa kutatapi dalam beberapa jam dan minit yang berbaki.

Dalam dakapan bulan dinihari tadi

aku bermimpi

ayahanda berjubah putih

kutanya hendak ke mana ayah?

“aku hendak pulang” jawabnya sepatah.

Dhuha itu

ayahku berpulang.

Ramli Hassan

Sekolah Kebangsaan Abang Galau Rajang

Tanjung Manis.

Tentang Kulit

telah gagak bisik padaku

tentang kulit tubuhmu

yang disisipkan pelepah enggang,

aku terdiam

terus mendengar

dan memandang

ke dalam kulitku.

Angel Samling

Klinik Kesihatan Long Lama

Kekasih Hati yang Dirayakan

Sedari azali aku disayangi

oleh insan bernama ayah dan bonda

sepenuh hati mereka mengasihiku

dalam cacat cela kelakuanku

dan susah senangku

keduanya tetap ada di situ

wahai kekasih hati yang selayaknya dirayakan

ampunkan khilaf selama diriku bernama anakandamu

dan teruskanlah mencurah sayangmu

Alice Mohd

aQiih82@gmail.com

https://doeajiwa.my.canva.site

Continue Reading

Previous: “Bekalan Ke Negeri Abadi”: Pengarang Sebagai Makhluk Berketuhanan
Next: Kepersisan Maksud yang Dituntut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.