Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Hearts on a line

Hamba Hanya Kita

Ketika manusia bersimpuh

di bawah redup redha-Nya

dinding serba putih dan suci

tiada beza raja atau rakyat biasa

duduk bersama membentuk saf

 percanggahan ideologi disimpan rapi

kerana hamba hanya kita

lalu pendosa mengangkat tangan ke langit

dari doa berganti zikir

dibayangi dosa tersembunyi dan nyata

saat kauhitung hina diri

keampunan-Nya terlalu besar untuk kautadah

usai urusan bertemu tuhan

lalu bertebaran meraih rezeki

mengutip dosa kembali

begitulah angkuhnya kita

Ramzi Junai

17/03/23

Matu

Sulaman Memorabilia yang Masih Belum Selesai

(Buat sahabat baik yang telah pergi selamanya)

Sinar terang lampu kuning menyapa

derap kaki para perawat terkawal rapat

nafas dihembus laju mengejar nadi bertamu

ubat dikekah kunyah memenggal rasa

jarum dipanah tajam menggali darah merah

sakit yang semalam masih terasa

dibuai lagi seksa mencengkam salur nyawa

diselubung kerubung pernafasan yang sedikit cuma

sesak, penat, resah, menyala pada hamparan matamu kawan.

Ramadan mulia menyaksikan inci-inci penderitaan

ingin mengajakmu bersimpuh bersama seperti dulu

tawa, gurau, belaian yang aku rindu

kenapa kini engkau membisu seribu kata

disapa tidak seceria dulu hanya membatu

matamu melirik memberi tanda

engkau ketawa tetapi wajah hanya muram belaka

terlantar berselimutkan kesedihan serta kesakitan

sungguh aku mahu engkau menjadi seperti yang dulu.

Ramadan mulia mengiringi titisan air mata

mengapa terlalu cepat engkau merasa penat

mengapa tidak mampu bertahan lebih lama lagi kawan

jemari terlentang matamu tidak memandang

pada kami yang memanggil ulang namamu

semoga kesakitanmu terbang bersama ketenangan

tiada lagi penderitaan tiada lagi tangisan malam

hilang bukannya dilupakan tetapi terpahat dalam ingatan

setiap sulaman memorabilia yang masih belum selesai

mengikat kasih, sayang dan ukhuwah kita

yang akan kukuh dan utuh selama-lamanya.

Ben Galayan

Hospital Miri, 27 Mac 2023.

Aku Tahu

Aku tahu, ibu
hidup ini perit
Aku mengerti, ayah
kehidupan ini ujian
penuh dengan pancaroba
kelalaian.

Akan tetapi
dalam keperitan hidup itu
ada kemanisannya.
ke manakah hilangnya kemanisan hidup itu?
ke mana perginya keindahan kehidupan itu?
yang mungkin tidak dapat dilihat oleh pancaindera
namun,dapat dirasakan oleh jiwa.

Jika kemanisan hidup itu dapat dibeli; akan kubelikan
andai keseronokan hidup itu dapat dipetik

pada dahan-dahan pohon; akan kupetik satu demi satu.

Tapi,
malangnya, ia tidak sedemikian rupa
ia akan muncul hanya pada diri seseorang

yang punya sifat kasih dan sayang.

Wahai bonda tercinta,
wahai ayahanda perkasa,
dengarlah isi hati anakmu yang daif ini

yang hanya melihat dunia dengan sebelah mata.
yang sedang mencari kebahagiaan dunia

Aku inginkan kasih sayang.
dakapan erat yang penuh dengan kelembutan seorang ibu
usapan kasih mesra dari seorang ayah
dengarlah,
tangisan seorang anak.


Adhwa Mahyuddin Aldi

Continue Reading

Previous: Antara Kekaburan dan Misteri Sebuah Naratif
Next: Mangkuk Tingkat Lebaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.