Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Nilai Sebuah Nyawa

Lahapnya pelaku dahsyat

Gara-gara tangan keparat

Kelmarin disayat, hari ini dikerat

Besok dibuang cacat

Kapan dirinya

Berhakim pada noktah kebencian

Berimam pada qasidah dendam

Beraja pada amarah berboyong

Rontok putik-putik simpati

Sahsiah bejat, hilang tebiat

Dampaknya jasad beringsut menjadi mayat

Nilai nyawa disiat-siat

Telunjuk berkait salahkan siapa tali barut

Adakah pada tatanan hayat yang tidak patut

Atau pada bangsat berlagak ibarat malaikat

Mencabut ajalnya insan

Menafi peluang kedua jua rayuan

Tergambar bayangan akhir si korban

Diheret jadi tebusan

Bisa merintih, barangkali meroyan

Tidak menyanggupi hayat mahu ditamat

Pelakunya kerabat atau sahabat

Hadir aniaya berbaur hanyir kesumat

Lt Kol(Dr) Mohd Fadzly bin Haji Miswan,

20 Jan 2023,

Kem Penrissen, Kuching.

Penanti

Tatkala rembulan

Di selubung rindu

Mata berkaca

Menahan sendu

Jiwa kini terasa pilu

Dan bibir mulai terdiam kaku.

Andai rasa ini

Dapat diungkap

Tercipta puisi

Menjadi penguat

Buat memujuk

Rindu yang belum terubat

Yang terbuku di dada

Teramat berat.

Diiringi

Irama dan lagu

Lidahku terkelu

Bersama

Tangisan hujan

Itulah menjadi peneman

Di dalam doa

Kirimkan rindu ini padanya

Dalam baris zikir

Mampu tenangkan jiwa.

Rembulan

Masih menanti

Cahaya sang mentari

Adakah ia mampu

Mengubati rindu ini

Nur Alina Semulih

Pusat Latihan Bagi Orang Buta Kuching

10 Mac 2023

Bulan Cinta

Bulan cinta

Menjadi saksi

Antara dua belas badira

Cinta,belas,kasih mengasihi

Sesama makhluk bernyawa

Wujud dalam tiap hela

Dan kebaikan bertebaran kini

Di tiap ruang nyata juga maya.

Bulan cinta

Menggesa pencinta 

Merangkul dalam bukti

Cinta sejati yang hakiki

Mengimarahkan rasa rindu yang satu

Sebelum ia beransur pergi

Usai tiga puluh hari.

Bulan cinta

Tidak pernah sunyi 

Dengan ayat-ayat suci

Memuja kuasa Ilahi.

290323

04.52pm

Shafida Rosllan,

Kota Samarahan.

Continue Reading

Previous: Cemar – Sebuah Tazkirah Gastronomi Melayu
Next: Ayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.