Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Hati Murni Sejati

Andai satu engkau beri

Sepuluh yang mungkin engkau terima

Andai satu kebaikan dihulurkan

Sepuluh keberkatan disambut

Andai satu zarah kebajikan diunjurkan

Sepuluh kemuliaan dianugerahkan

Justeru, kemurnian hati perlu bertacap utuh

Dengan landas paksi teguh menyemai peribadi murni sejati

Lantas persis mengapai gemerlapan rona pelangi

hadiah kemurnian hati sanubari

Aneka irama menyusuli impak nilai kemurnian,

kejujuran dan keikhlasan

Segera, menidak bangga diri,

bongkak pekerti, busuk hati dan dengki iri.

Lingkung salutan hati bersih suci

mendamba kelazatan hajat citra

Yang memangkin harapan menggunung

Keajaiban puas dan syukur ke pangkuan Adicipta.

Istimewanya bukan kepalang

andai hati dilibur dengan wadah beralun lembut sanubari

Menyentuh lengai gundah-gulana,

lara-derita, resah-gelisah berpaling tumpu

Indah menjelma menghalusi wajah seri

menggambarkan madah selera hati.

Murninya hati, sama lagaknya kebunan yang menghiasi,

menghijau, mekar

Segar bersiram kilau titis embun dingin pagi

seiring semangat pagi

Pupuklah hati dengan nukilan puisi

amanah pekerti kendiri yang tulus

Mulus memagar ikhlas salju keimanan

Kasih memagar lingkung maruah

Galas memagar tanggungjawab insani

Tegar memagar kelambu tadbir diri.

Madah tanpa berkias menghindar amarah

Lidah bernada mengalun petah bicara santun hati

Benak mengarca perancang mata hati budi

Biar molek tanpa sangsi

Itulah sejati.

Mohamad Daud Ahmad

Lembaga Kemajuan Bintulu

Monologku

Monologku berkisah tentangmu

Autoramaku juga bergerak seirama denganmu

Lampu di pentas seakan memberiku cahaya 

Dan dialogku menjadi saksi utama

Pementasan ini terinspirasi olehmu

Yang sering membuatku berkupu

Tetapi,

Jalan ceritaku dan plot ceritamu berbeza

Klimaks kita juga bukan penentunya

Boleh jadi aku atau kau menjadi watak utama

Tapi malangnya bukan kita penulisnya

Kita hanya pelakon yang menunggu kata ‘action’ pengarah

Dan diberhentikan dengan ungkapan ‘cut’ darinya

Mana mungkin kita mampu pertikaikan

Segala jalan cerita yang menjadi aturan

Zieyra Alih

UNIMAS

Mata Hati Anak Derhaka

Mana hati emas permata

Ego melingkari suka derhaka

Lalu durjana pada cintanya

Akhirnya tewas pada setia

Yang membunuh arus saktinya

Usah disesal tiada penghujungnya.

Norashikin Abdul Hadi

Taman Hipni

Continue Reading

Previous: Menelusuri Trikotomi Jiwa Menerusi Cerpen “Hargai Dirimu”
Next: Melakar Pelangi Kehidupan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.