Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 2 years ago

Ayam Kicap Ayah

Semangkuk ayam kicap

Terhidang bersama nasi kuning

Berlaukkan kasih sayang

Hidangan tahun baharu

Heningnya pagi

Merdunya suara burung

Berbisik sesama sendiri

Si Ayah melebarkan sayap rindu

Pada anak nan jauh di sana

Meleraikan rindu lewat

Hirisan bawang

Menumpahkan isi hatinya

Lewat ayam kicap

Agar terhidang kuah kerinduan.

RatnaDewi Asmara

Kanan dan Kiri

Kata kawanku;

Yang kiri itu selalu tak berguna,

Berfungsipun; untuk yang kotor-kotor sahaja,

Mencuci najis misalnya.

Kata kawanku lagi;

Yang kanan itulah yang paling berguna,

Yang baik-baik; semua dimulakan dengannya,

Seperti menyuap rezeki dan seumpamanya.

Amboi, kawanku!

Bongkak benar nadamu,

Enak ya meremehkanku?

Kawanku,

Kalau tidak ada kiri,

Apa najismu akan tersuci sendiri?

Apa tergamak kaukotorkan kananmu yang konon bersih itu?

Kawanku,

Kalau tidak ada kiri,

Apa suapan rezekimu akan lancar?

Apa saat kausuap makan pakai kanan; lalu kau tercekik tersedak,

Sanggup kau kotorkan gelasmu dengan sisa makanan ditangan?

Nah, yang kiri juga akan kau cari bukan?

Asyraff Jamin

Ulu Balingian, Selangau

Aku dan Secawan Koko

Secawan koko hangat

Menemani pagiku

Bersama layar masa depan

Angan yang harus direalisasikan

Seperti sinar pagi

Yang curi-curi menjengah

Bertanya khabar hari ini.

Hangatnya yang suam

Menjalar ke setiap urat fikir

Menjana semangat yang luar biasa

Lalu keluh-kesah semalam seakan sudah terlupakan

Dek tenangnya rasa

Enak yang memotivasikan

Larian masa depan

Ku hirup penghujung koko

dengan kepuasan berani

demi memulakan hari.

Shafida Rosllan

10.37pm

081121

Continue Reading

Previous: Keseimbangan Ekonomi dan Budaya dalam Cerpen “Bumi Ini Tidak Dijual”
Next: Aku, Dia dan Sang Kerbau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.