Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Puisi
  • WBS

Puisi

Utusan Sarawak 2 years ago

Kasut Kehidupan

Muatkah kakimu, dalam kasutku?

Tanpa perlu kau asak-asak.

Warna kehidupannya lusuh

oleh debu-debu dunia.

Kain camping dikoyak-koyak waktu.

Tapaknya nipis

Barangkali terlalu lama

Melangkah liku fana.

Muatkah kakiku, dalam kasutmu?

Ah, nyaman.

Merah cerah warna.

Kulitnya bersih, cantiknya masih.

Tumit tak ada sedikit cela,

Mungkin jalanrayanya sutera,

Atau kau tak pernah kembara?

Kuching,

Mohd Hapizan, 2022.

Senandika Si Bapa

Tulus senyum mekar,

di balik jasad perkasanya,

mengerah keringat segala,

demi bahagia,

demi keluarga.

Tiada langsung dalih,

mengalih arah,

kemahuan si kecil,

serta menyunting pendek,

hasrat bidadarinya.

Semua ditunai,

selagi belum usai.

Kerna pabila tiba,

di pengakhiran jalan,

buntu ia memikirkan,

siapa ‘kan menjulang beban,

mengukir tawa dan aman,

kehidupan marga tercinta.

Adie Abd Gani

Kuching, Sarawak

Bebelan Seorang Tua

Tua memamah diri lelaki,                                                                           

Duduk sendiri di warung,                                                                                                   

Meminum kopi dan merenung,                                                                             

Bangsanya semakin melayu,

Seribu kedut menyatakan rayu;

Bangkitlah kembali pemuda pemudi,

Kalian masa depan kami.

Kerut di wajahnya,

Jelas remuk rendam hatinya,

Tak tergambar dengan kata-kata,

Minda tidak terima sakit nan mata;

Ingin kulihat semangat waja,

Terus setia berdoa jua memuja.

Anak-anak kini,

Menyakitkan hati,

Suami ghairah akan joli,

Isteri derhaka membentak-bentak sang suami,

Anak muda hanyut berfoya-foya;

Ini zaman kami ratib diri.

Yang benar dipenjarai,

Duit kopi sana sini,

Penipu dipuja dirai,

Iman aku tidak merestui.

Dayang Fatin Nurhazziqah Awang Madzelan

Petra Jaya, Bandaraya Kuching.

Continue Reading

Previous: Pesan Matahari kepada Bulan
Next: Spesies Aneh Bernama Manusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.