Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • PUISI
  • WBS

PUISI

Utusan Sarawak 3 years ago

Andai Aku Bukan Ranting

Aku ranting kecil

bertahan pada pokok reput

memandang ke atas

mencari tempat berpaut

untuk kubantu ranting di bawah

agar terus bertahan.

Aku keseorangan

di bawahku

ada akar menelan hujan

menunggu waktu menjadi tanah.

Andai aku bukan ranting

akar itu aku cabut

dibuang ke dalam lautan api

pasti tunas tidak bercambah.

Andai aku bukan ranting

akan kupilih biji terbaik

dicambah menjadi pokok baru.

Benedict Anak Samling

Manusia

Kalaulah,

realiti tidak tenggelam di dalam mimpi

lalu berterbangan mencari tuannya

pasti hidup tidak kacau-bilau

malah mudah seperti cerita yang ditulis sendiri

Tetapi, apalah gunanya kita dinamakan manusia?

Jika semuanya seperti petik jari untuk dikecapi?

Alice Mohd

BERBICARALAH SEPERTI RASULULLAH

Dalam menyusun bicara

usahlah menyusuk jarum dusta

duri caci dan selumbar keji.

Jangan dipenuh sampah sumpah seranah,

hanyir umpat dan nanah fitnah

kerana ia bukan pakaian orang beriman

atau asuhan akhlak Islam.

Berbicaralah seperti Rasulullah

penuh berisi inti hikmah

sarat menjunjung kebenaran

dalam kelembutan

tanpa hampas sia-sia

menyeru makruf

menyekat mungkar.

Radiyah Affandi

Minggu Karyawam Muda 2022

25.06.2022

Continue Reading

Previous: Makna Kata Degupkan Sajak
Next: Tautan Latar dan Cerita dalam “Kotak Bahagia”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.