Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Public mutual umum agihan lebih RM20 juta bagi tiga dana
  • BISNES

Public mutual umum agihan lebih RM20 juta bagi tiga dana

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM20 juta merangkumi tiga dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2025.

Dalam kenyataan hari ini, katanya jumlah pengagihan kasar adalah 3.75 sen seunit bagi Public Dana Bon Terpilih, 0.20 sen seunit bagi Public Dana Dividen Terpilih dan 0.10 sen seunit bagi PB Dana Dividen ASEAN.

Menurutnya dasar pengagihan Public Dana Bon Terpilih dan PB Dana Dividen ASEAN adalah secara tahunan manakala Public Dana Dividen Terpilih bagi setiap setengah tahun.

Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang menguruskan lebih 180 dana dan mempunyai 31 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.

Public Mutual juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS) yang diluluskan, dengan menguruskan sembilan dana PRS.– Bernama

Continue Reading

Previous: Realiti Tarif: Jangan cagar mata pencarian rakyat dalam sebarang rundingan perdagangan
Next: MIDF manfaatkan kewangan Islam pacu transformasi perindustrian negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.