Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Public Gold labur RM30 juta bina pusat penapisan emas kendiri
  • BISNES

Public Gold labur RM30 juta bina pusat penapisan emas kendiri

Utusan Sarawak 1 year ago
PENGASAS dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng (empat kiri) dan Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad Datin Yvonne Lim (tiga kanan) bersama para tetamu melakukan simbolik pecah tanah pembinaan Gold Refinery Centre di Batu Kawan, hari ini. Pusat Gold Refinery yang seluas 1.1 ekar akan dibina di zon perindustrian utama Batu Kawan dan merupakan pusat penapisan emas kelas dunia baharu yang mampu menghasilkan pengeluaran penapisan emas tahunan sebanyak 10 tan setahun. FotoBERNAMA

BATU KAWAN: Syarikat logam berharga utama di Malaysia, Public Gold melabur sebanyak RM30 juta bagi pembinaan sebuah pusat penapisan emas kendiri bertaraf dunia yang pertama di negara ini di Zon Perindustrian Fasa 1 Batu Kawan di sini.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group (PG Group) Datuk Louis Ng berkata, kemudahan baharu itu akan dibina di kawasan berkeluasan 0.44 hektar dengan anggaran keluasan pembinaan 48,000 kaki persegi dan  mampu menghasilkan pengeluaran 10 tan emas setahun.

“Pembinaan pusat itu bermula bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. Selepas itu kita menjangkakan mampu menghasilkan pengeluaran 10 tan emas setahun bernilai sekitar RM4 bilion, malah berpotensi meningkat sehingga 20 tan setahun pada masa depan.

“Pusat penapisan emas yang akan dibina itu juga merupakan yang pertama di Malaysia dan kami melihat keperluan pembinaannya memandangkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk emas di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat Penapisan Emas Public Gold di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembinaan pusat itu akan menawarkan kemudahan penapisan pada jumlah yang lebih besar untuk memenuhi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ng yang juga Presiden Persatuan Emas Malaysia berkata, pembinaan pusat penapisan emas ini bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan Public Gold pada masa akan datang, malah menyumbang kepada ekonomi negeri dengan menarik lebih ramai pelabur dari industri logam berharga di seluruh dunia ke Pulau Pinang.

Selain itu, pihaknya dapat menawarkan peluang perniagaan yang lebih besar kepada vendor tempatan dan dalam masa sama mengukuhkan Pulau Pinang sebagai hab perindustrian emas global seterusnya di Malaysia, katanya.

“Pembinaan kemudahan baharu itu juga dapat menjimatkan pulangan lebih sejuta ringgit setiap bulan kerana jumlah itu sebelum ini digunakan oleh Public Gold mendapatkan emas daripada negara luar,” katanya.

Beliau berkata, selain sumbangan kepada ekonomi tempatan, kemudahan pusat itu juga antara lain dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di negeri ini.

“Di bawah persekitaran kerja yang pelbagai di pusat penapisan itu, pekerja akan didedahkan kepada budaya dan kepakaran yang berbeza melalui perkongsian pengetahuan sesama rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya Public Gold yang ditubuhkan sejak 2008 menyasarkan sebanyak 10 juta pelanggan menjelang 2030 dan ketika ini mempunyai 1.3 juta pelanggan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka rendah, dolar AS kekal tinggi
Next: Indeks harga pasir naik antara 0.2 dan 2.6 peratus pada April – Perangkaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.