Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PSG jumpa Real Madrid separuh akhir Piala Dunia Kelab
  • SUKAN

PSG jumpa Real Madrid separuh akhir Piala Dunia Kelab

Utusan Sarawak 18 hours ago
PENYERANG Real Madrid, Kylian Mbappe (kiri) melakukan sepakan gunting menakjubkan untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Borussia Dortmund pada suku akhir Piala Dunia Kelab FIFA di Stadium MetLife, East Rutherford, New Jersey. Real Madrid menang 3-2. – Foto AFP

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Penyerang muda Gonzalo Garcia menjaringkan gol keempatnya dalam kempen Piala Dunia Kelab, manakala Kylian Mbappe mencatat gol pertamanya apabila Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund 3-2 awal pagi tadi, sekali gus melayakkan diri ke separuh akhir menentang juara Eropah, Paris Saint-Germain.

Garcia, 21, meletakkan Madrid di depan melalui jaringan jarak dekat pada awal perlawanan dalam cuaca panas di Stadium MetLife, berhampiran bandar New York.

Fran Garcia kemudian menggandakan kelebihan mereka sebelum pertengahan babak pertama.

PEMAIN pertahanan Real Madrid, Fran Garcia (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua. – Foto AFP

Dortmund tidak pernah benar-benar mengancam untuk bangkit sebelum aksi dramatik di hujung permainan, apabila Maximilian Beier merapatkan kedudukan pada minit ke-93, diikuti jaringan ketiga Madrid oleh Mbappe dengan satu sepakan gunting yang menakjubkan.

Serhou Guirassy kemudian melengkapkan jaringan menerusi sepakan penalti selepas pemain Real, Dean Huijsen dibuang padang sebelum pengadil meniup wisel penamat.

“Semuanya terkawal dengan keputusan ini, kami tidak banyak dibolosi, tetapi 10 minit terakhir agak huru-hara apabila kami hilang sedikit tumpuan dan intensiti… tetapi secara keseluruhan 80 minit yang baik dan 10 minit terakhir itu perlu diperbaiki,” kata jurulatih Real, Xabi Alonso kepada badan penyiar DAZN.

Skuad kendalian Alonso mara ke separuh akhir walaupun Mbappe masih belum memulakan sebarang perlawanan pada kejohanan ini.

Bintang Perancis itu, yang tidak beraksi sepanjang peringkat kumpulan kerana masalah kesihatan, kini berharap dapat diturunkan dalam kesebelasan utama menentang bekas kelabnya dalam pertembungan separuh akhir yang dinanti-nantikan di gelanggang sama pada Rabu depan.

“Ia satu cabaran besar buat kami menentang PSG, tetapi kami ambil perkara positif daripada perlawanan hari ini dan terus bersedia bagi yang berikutnya,” tegas Alonso.

Pemenang antara kedua-dua pasukan itu dijangka menjadi pilihan untuk menjuarai edisi sulung kejohanan baharu anjuran FIFA, dengan Chelsea akan menentang Fluminense pada satu lagi separuh akhir.

Perlawanan ini, yang disaksikan oleh 76,611 penonton, merupakan ulangan final Liga Juara-Juara UEFA 2024 yang dimenangi Real 2-0.

“Real Madrid memang layak untuk menang,” kata jurulatih Dortmund, Niko Kovac.

“Kami mempamerkan kualiti kami dan ia bukan satu kegagalan jika pulang selepas tewas kepada mereka.” – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Larian MAPPA Zon Sarawak cerminkan semangat perpaduan penjawat awam
Next: Joao Figueiredo perkukuh jentera serangan JDT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.