Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PSG dominan, Liverpool di ambang tersingkir
  • SUKAN

PSG dominan, Liverpool di ambang tersingkir

Utusan Sarawak 9 hours ago

Kvaratskhelia meraikan gol kedua PSG ketika membantu pasukannya menundukkan Liverpool 2-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Paris. - Foto AFP

PARIS: Paris Saint Germain mempamerkan aksi cukup dominan apabila menewaskan Liverpool 2-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA, awal pagi ini sekali gus membawa kelebihan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Anfield.

Jaringan awal Desire Doue seawal minit ke-11 hasil percubaan yang terbias, sebelum Khvicha Kvaratskhelia menambah gol kedua pada minit ke-65 memastikan tuan rumah menguasai perlawanan dari awal hingga akhir.

PSG sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol selepas menguasai hampir keseluruhan permainan, namun terlepas beberapa peluang selain satu penalti yang dibatalkan menerusi VAR.

Liverpool pula bergelut untuk menyaingi tempo lawan walaupun turun dengan formasi tiga pertahanan di bawah kendalian Arne Slot.  

Mereka kini mencatat hanya satu kemenangan dalam enam perlawanan terakhir selain menanggung kekalahan ke-16 musim ini.

Ekitike gagal memberi impak di jentera serangan Liverpool ketika pasukannya dikuasai sepenuhnya oleh PSG. – Foto AFP

Ketiadaan penjaga gol utama Alisson Becker jelas dirasai apabila Giorgi Mamardashvili gagal menghalang dua gol PSG, meskipun melakukan beberapa aksi menyelamat.

Lebih mengejutkan, Mohamed Salah hanya bermula di bangku simpanan bersama Alexander Isak, manakala Hugo Ekitike yang diberi peluang di jentera serangan gagal memberi impak.

PSG hampir menambah derita Liverpool, namun percubaan Ousmane Dembele sekadar menggegarkan tiang gol di penghujung perlawanan.

Liverpool kini berdepan tugas amat sukar untuk bangkit di Anfield, mengulangi kebangkitan seperti di pusingan sebelum ini, namun kali ini cabaran jelas lebih besar. – AFP

Continue Reading

Previous: Isak kembali tepat masa, Liverpool buru talian hayat di Paris
Next: Atletico hukum Barca 10 pemain, kuasai suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.