Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PSB Alostar dinobat johan
  • SUKAN

PSB Alostar dinobat johan

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Kr. Harbi (kanan) menyampaikan hadiah kepada ketua salah sebuah pasukan pada majlis penutupan.

PSB  ALOSTAR dari Daerah Mukah muncul juara Pertandingan Sepak Takraw yang berakhir pada hujung minggu lalu.

Ia adalah anjuran bersama Saberkas Cawangan Balingian dan Unit Saberkas Pulat Setia  sempena Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Cawangan Balingian.

Naib juara adalah B’ Tank Trank, dengan tempat ketiga bersama jatuh kepada  Miller Club dan Abang Dent Betta I.

Sebanyak 20 pasukan terdiri daripada Unit-Unit Saberkas Cawangan Balingian dan kelab-kelab sepak takraw menyertai kejohanan yang diadakan di Dewan Masyarakat Balingian tersebut.

 KASUS  adalah sebuah aktiviti sukan di peringkat cawangan mahupun unit-unit bagi meningkatkan lagi minat sukan antara belia dan komuniti masyarakat setempat.

Selain itu, ia juga diharapkan  dapat melahirkan atlet sukan dari peringkat akar umbi dan unit-unit Saberkas.

Dalam masa yang sama, aktiviti itu juga dijadikan  sebagai wadah penganjuran sukan di peringkat kampung bersama Jawatankuasa Kamajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau kelab-kelab yang berdaftar agar dapat memupuk kerjasama antara satu sama lain dan seterusnya aktif dalam bidang sukan.

Adalah difahamkan ada sebanyak 15 Unit  Saberkas  bernaung di bawah Saberkas Cawangan Balingian yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian, Abdul Yakub Arbi.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan  oleh Kaunselor Harbi Bakir yang mewakili Wakil Rakyat berkenaan.

Turut kelihatan Ketua Kampung Pulat, Harun Ulis, Exco Saberkas Negeri Sarawak  Muhamad Tarmizi Karnain Abdah dan Pengerusi Unit Saberkas Pulat Setia Azrozain  Abdul Latip.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Datus United berpesta lagi
Next: Dua pemain muda Datus jadi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.