PENERANGAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Len Talif Salleh mendengar penerangan daripada Rudy Azli Othman pada Majlis Penyerahan Tapak Warisan Melayu di Jalan Diplomatik di Kuching, semalam. • Foto HERRIEY NAHA
KUCHING: Sarawak sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan banjir ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pola cuaca pada masa sekarang amat sukar untuk diramalkan.
“Sekarang kita tidak dapat untuk meramalkan pola cuaca. Ini disebabkan fenomena pemanasan global dan juga perubahan iklim.
“Namun, kami sentiasa bersedia untuk berdepan apa-apa kemungkinan yang bakal mendatang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tapak pembinaan Wisma Melayu Sarawak di Jalan Diplomatik di sini semalam.
Awang Tengah yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengulas kemungkinan mada PRU-15 dilanda bencana banjir setelah Parlimen dibubar berkuatkuasa pada 10 Oktober lalu.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah juga menyatakan soal banjir atau tidak apabila mengadakan PRU-15 adalah sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.
Oleh SHAHRUL QAIZAT