Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRU-15: Polis terima 48 laporan
  • PRU-15
  • TEMPATAN

PRU-15: Polis terima 48 laporan

Utusan Sarawak 2 years ago

UNDI AWAL... Proses undi awal PRU-15 PDRM Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak. Turut mengundi awal ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak (PJP), CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.

KUCHING: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 48 laporan berkaitan aduan kesalahan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas hari penamaan calon sehingga semalam di seluruh negeri termasuk 10 di bandar raya ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata daripada jumlah itu, 18 kertas siasatan telah dibuka.

“Kesalahan dalam siasatan adalah mengenai pencerobohan, khianat seperti mencabut dan membakar bendera.

“Namun tiada kesalahan yang jelas memberi ancaman kepada keselamatan awam dan kesemuanya dalam keadaan yang terkawal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan proses pengundian awal disini hari ini.

Mohd Azman berkata , pihak polis telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi PRU-15 kali ini.

Katanya, ia bagi memastikan keselamatan dan kententeraman awam terpelihara serta memberi jaminan bahawa proses PRU-15 kali ini berjalan dengan lancar dan selamat.

“Jumlah petugas PDRM yang bertugas hari ini adalah 3,417 anggota atau 34.77 peratus daripada kekuatan PDRM Sarawak.

“Pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah ini bertugas sebagai pegawai pemantau pilihan raya dan juga menjaga 55 pusat mengundi awal dan menjaga 103 saluran mengundi awal di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau menasihati semua calon dan parti politik yang sedang berkempen supaya mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar dan selamat.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Undian awal babit 120 orang di Lawas
Next: Undian awal Parlimen Sibu lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.