Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRU-15: Lapor berita tanpa langgar etika, undang-undang
  • NASIONAL

PRU-15: Lapor berita tanpa langgar etika, undang-undang

Utusan Sarawak 3 years ago

Penyampaian maklumat yang cepat, tepat serta difahami rakyat adalah sebahagian daripada pendekatan menjayakan proses demokrasi berparlimen di Malaysia. Ini kerana walaupun dalam keadaan musim pilihan raya dan kerajaan sementara namun kedaulatan undang-undang masih perlu dijunjung. - Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Petugas media di negara ini diingatkan supaya melaporkan berita secara bertanggungjawab tanpa melanggar etika dan undang-undang yang berkaitan sepanjang membuat liputan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, penyampaian maklumat yang cepat, tepat serta difahami rakyat adalah sebahagian daripada pendekatan menjayakan proses demokrasi berparlimen di Malaysia.

“… dalam saat begini, banyak juga pemberitaan yang akan melanggar etika tertentu dan menggunakan kesempatan untuk membuat hasutan dan sebagainya… peringatan yang hendak kita diberikan ialah sebagai sebuah negara yang mempunyai undang-undang dalam suasana kebebasan media, jangan melanggari mana-mana peraturan serta undang-undang sedia ada.

“Ini kerana walaupun dalam keadaan musim pilihan raya dan kerajaan sementara namun kedaulatan undang-undang masih perlu dijunjung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada  petugas media Radio Televisyen Malaysia yang akan bertugas pada PRU-15 di sini, hari ini.

Beliau turut menasihati semua petugas media agar mematuhi peraturan dan undang-undang serta memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Malaysia sepanjang musim PRU-15.

Mengenai liputan PRU-15, Annuar berkata, media luar juga akan diberi peluang untuk membuat liputan dan menyampaikan laporan berlandaskan tahap profesionalisme yang tinggi.

“… kita akan mudahkan seberapa boleh bagi semua warga media, baik elektronik, cetak dan juga media sosial asalkan pelaporan itu adalah pelaporan yang cukup bertangggungjawab,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: SPR jadi tumpuan esok, umum tarikh penting PRU-15
Next: PRU-15: Mesyuarat khas SPR bermula, umum tarikh penamaan calon, mengundi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.