Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRU-15: Jangan percaya dakwaan pakai seluar pendek, selipar tidak dibenar mengundi – SPR
  • PRU-15
  • SEMASA

PRU-15: Jangan percaya dakwaan pakai seluar pendek, selipar tidak dibenar mengundi – SPR

Utusan Sarawak 2 years ago

"SPR hanya ada satu peraturan sahaja iaitu tidak boleh pakai baju atau topi yang ada simbol parti politik. Itu sahaja peraturan SPR. Semua berita lain yang menyatakan seluar pendek tidak boleh pakai, selipar tidak boleh pakai, itu semua palsu. Kalau was-was, dapatkan penerangan di laman sesawang SPR." - Dr Azmi Sharom

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak percaya dengan hebahan maklumat mengenai etika pakaian yang menyatakan memakai seluar pendek dan selipar tidak dibenarkan memasuki pusat mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata, pengundi tidak perlu risau kerana isu pakaian yang tular itu adalah berita palsu.

“SPR hanya ada satu peraturan sahaja iaitu tidak boleh pakai baju atau topi yang ada simbol parti politik. Itu sahaja peraturan SPR.

“Semua berita lain yang menyatakan seluar pendek tidak boleh pakai, selipar tidak boleh pakai, itu semua palsu. Kalau was-was, dapatkan penerangan di laman sesawang SPR,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengundi dan melakukan tinjauan perjalanan proses pengundian di Sekolah Kebangsaan 2 Sultan Alam Shah, Seksyen 11 di sini, hari ini.

Azmi berkata, rakyat Malaysia yang layak mengundi harus datang mengundi mengikut masa yang digalakkan atau datang pada bila-bila masa sebelum 6.00 petang jika ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata setakat tengah hari tadi, SPR tidak menerima sebarang aduan atau laporan serius mengenai perjalanan PRU-15 dan berharap proses pengundian berjalan lancar sehingga pusat mengundi ditutup pada 6.00 petang ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Banjir di Long Bemang tak patah semangat penduduk mengundi 
Next: Berbaki beberapa jam lagi, Fadillah minta orang ramai keluar mengundi 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.