Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRU-15: AMANAH, PH mahu Dr Dzulkefly pertahan kerusi Kuala Selangor
  • NASIONAL

PRU-15: AMANAH, PH mahu Dr Dzulkefly pertahan kerusi Kuala Selangor

Utusan Sarawak 3 years ago

AMANAH dan PH yakin Dr Dzulkefly mampu mengekalkan kerusi itu berdasarkan rekod prestasi beliau selama ini dan penduduk Kuala Selangor menyedari akan kegigihan beliau membantu rakyat Selangor termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan.

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Pakatan Harapan (PH) mahu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penyandang kerusi Parlimen Kuala Selangor bertanding mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini kerana parti menganggap PRU-15 adalah sangat kritikal dan serius, maka setiap kerusi adalah penting untuk dimenangi PH.

“Kami mengambil maklum hasrat dan niat baik Datuk Seri Dr Dzulkefly untuk memberi laluan kepada calon yang lebih muda dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau sudah lama menyebut perkara itu kepada pimpinan parti.

“Tetapi, kami pimpinan AMANAH dan Pakatan Harapan mahu Dr Dzul bertanding untuk mempertahankan kerusi Kuala Selangor sekali lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata, AMANAH dan PH yakin Dr Dzulkefly mampu mengekalkan kerusi itu berdasarkan rekod prestasi beliau selama ini dan penduduk Kuala Selangor menyedari akan kegigihan beliau membantu rakyat Selangor termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRU-15: Mesyuarat khas SPR bermula, umum tarikh penamaan calon, mengundi
Next: PRU-15: Pengundian pada 19 Nov, Penamaan Calon 5 Nov

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.