PRU-15: 703 pegawai, anggota, rekrut PULAPOL digerak penugasan di Sarawak

Facebook
WhatsApp
Petugas yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, 271 pegawai rendah dan selebihnya adalah rekrut itu, akan mula digerakkan ke kawasan penugasan masing-masing Rabu ini.

KUCHING: Seramai 703 pegawai, anggota dan rekrut digerakkan ke seluruh Sarawak bagi penugasan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching SAC Razali Mohamad berkata, petugas yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, 271 pegawai rendah dan selebihnya adalah rekrut itu, akan mula digerakkan ke kawasan penugasan masing-masing Rabu ini.

“Pada 4 November lepas, 28 pegawai dan tiga anggota unit pemusnah bom Pulapol Kuching telah bergerak dan melapor diri di daerah penugasan masing-masing,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sebelum penugasan, setiap petugas terutama pelatih, diberi latihan sebagai persediaan bagi tujuan melaksanakan tanggungjawab dan beliau yakin latihan itu dapat membantu melancarkan tugasan mereka di lapangan. – Bernama

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus