








KUCHING: Seramai 15 calon dipilih menganggotai Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi penggal 2025–2028 pada Persidangan Tiga Tahun Sekali Ke-6 parti itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.
Mendahului senarai dengan undi tertinggi ialah Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) , Kaunselor (CR) Sempurai Petrus Ngelai yang memperoleh 219 undi, diikuti Susan Clement Ingun (215 undi), Cr Hemang Yu Abit (179 undi), Alexander Donald (169 undi) dan Charles Nissom (168 undi).
Turut dipilih ialah Pandang Semat (166 undi), Thomas Balan Bang (157 undi), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana (153 undi), Rosaline Neging (153 undi), Cr Andy Lawrence (152 undi), PS Dato Peter Nyomek Nyeap (148 undi), Dato Azizi Morni (139 undi), Cr Mathew Egoh Anak Lingkong (139 undi), Dato Janang Bunsu (137 undi) dan David Upe (126 undi).
Keputusan itu turut menyaksikan kehadiran beberapa muka baharu dalam barisan kepimpinan tertinggi PRS, menggambarkan kesinambungan generasi dalam parti berasaskan kaum Dayak itu.
Sebanyak 33 calon bertanding bagi merebut 15 kerusi Majlis Tertinggi kali ini, termasuk empat wanita, iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah PRS, selaras dengan komitmen parti untuk memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan.
Oleh SHAHRUL QAIZAT