Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Provokasi agama: Serah kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan – PM Anwar
  • NASIONAL

Provokasi agama: Serah kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat supaya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung isu provokasi agama.

Beliau yakin kebenaran akan terungkai secara menyeluruh dan telus melalui siasatan yang sedang dijalankan.

“Kerajaan MADANI akan memastikan keadilan ditegakkan dan keamanan negara terus terpelihara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa tuduhan yang mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan berhubung insiden memijak al-Quran adalah tidak berasas.

Perdana Menteri berkata pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

Pada 25 Februari lepas, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial dan setakat semalam, sebanyak 28 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kes berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pembayaran dividen berdasarkan baki setiap akaun – KWSP
Next: Penutupan ruang udara Asia Barat mungkin jejaskan penerbangan – CAAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.