Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Prospek AirAsia X kekal berdaya tahan disokong permintaan perjalanan, penjimatan kos
  • NASIONAL

Prospek AirAsia X kekal berdaya tahan disokong permintaan perjalanan, penjimatan kos

Utusan Sarawak 3 hours ago
PROSPEK AirAsia X kekal berdaya tahan disokong permintaan perjalanan, penjimatan kos. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Prospek jangka pendek AirAsia X Bhd (AAX) kekal disokong permintaan perjalanan yang berterusan, meskipun pelaksanaan surcaj bahan api baharu bagi menangani lonjakan harga bahan api jet susulan konflik di Asia Barat menyebabkan kenaikan tambang penerbangan.

Public Investment Bank Bhd (PIVB) berkata AAX turut melaksanakan pelbagai langkah penjimatan kos termasuk pengurangan kapasiti, pengoptimuman penyelenggaraan pesawat serta perancangan rangkaian strategik bagi mengurangkan impak harga bahan api jet yang kini mencecah paras tertinggi pernah dicatatkan.

“Ketika ini, surcaj bahan api meningkat sekitar 20 peratus, manakala tambang keseluruhan naik antara 30 hingga 40 peratus bergantung kepada ekonomi laluan dan destinasi.

“Dengan bahan api merangkumi sekitar 20 hingga 40 peratus daripada perbelanjaan operasi, langkah ini penting bagi melindungi margin keuntungan,” katanya dalam satu nota hari ini.

Sejak konflik Asia Barat bermula pada 28 Februari, harga minyak mentah melonjak sehingga AS$118 setong, sekali gus menyebabkan harga bahan api jet meningkat ketara daripada sekitar AS$90 setong sebelum konflik kepada sekitar AS$200 ketika ini.

PIVB berkata AAX telah mengurangkan sekitar 10 peratus kapasiti penerbangan, terutamanya melalui pengurangan kekerapan bagi laluan berprestasi rendah serta penggabungan penerbangan tanpa menjejaskan kesalinghubungan, didorong oleh berakhirnya musim perayaan Hari Raya serta pertimbangan pengurusan kos.

“Dari segi pengoptimuman rangkaian, AAX mengagihkan semula kapasiti ke laluan berprestasi lebih kukuh. Syarikat penerbangan itu juga memanfaatkan peluang ini untuk mengoptimumkan penggunaan barisan pesawatnya serta mempercepat penggantian pesawat lama kepada model yang lebih cekap bahan api,” katanya.

Selain itu, PIVB berkata AAX memanfaatkan kesalinghubungan ‘fly-thru’ melalui Kuala Lumpur dan Bangkok bagi memaksimumkan muatan penumpang serta kecekapan operasi.

“Syarikat turut bergantung kepada pengukuhan mata wang ASEAN sebagai pelindung semula jadi terhadap kos bahan api yang didenominasikan dalam dolar AS,” katanya.

PIVB mengekalkan saranan ‘outperform’ terhadap AAX, namun menurunkan harga sasaran kepada RM1.85 daripada RM2.80. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kerajaan pastikan bekalan bahan api, asas mencukupi demi kelangsungan ekonomi
Next: Unit Petra Energy peroleh kontrak Petronas Carigali bernilai RM298 juta di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.