Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Prospek acara perdagangan, perniagaan masih positif
  • BISNES

Prospek acara perdagangan, perniagaan masih positif

Utusan Sarawak 5 years ago

GEORGE TOWN, 10 Sept -- Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri memberi ucapan pada majlis perasmian Pameran dan Persidangan Dunia, Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan, Whole Penang 2020 di Pusat Kovensyen Spice, Bayan Lepas hari ini. Majlis berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini adalah berkaitan makanan, penginapan hotel dan perkhidmatan pelancongan. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

DATUK Seri Nancy Shukri memberi ucapan pada Majlis Perasmian Pameran dan Persidangan Dunia, Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan, Whole Penang 2020 di Pusat Kovensyen Spice, Bayan Lepas semalam.• Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, prospek industri acara perdagangan dan perniagaan di Malaysia kekal positif.

Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan kepada laporan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), 70 acara telah ditangguhkan dengan hanya 20 yang lain dibatalkan.

“Sejak Januari hingga Ogos tahun ini, MyCEB dengan kerjasama persatuan tempatan berjaya membida dan memperolehi 20 persidangan antarabangsa bagi penganjuran dari 2020 hingga 2024 dengan anggaran delegasi seramai 14,000 orang.

“Ini menampilkan kesan ekonomi sebanyak RM173 juta kepada negara,” katanya kepada media selepas merasmikan Pameran Hospitaliti, Gaya Hidup dan Hiburan Sedunia (WHOLE) 2020 di sini semalam.

Sejak 2010 hingga 2019, MyCEB telah menyokong sejumlah 3,863 acara perniagaan, menjana RM26.9 bilion dalam anggaran kesan ekonomi, dengan kedatangan hampir 2.1 juta perwakilan perniagaan ke negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata industri acara perdagangan dan perniagaan amat bergantung kepada ketibaan antarabangsa.

Sehubungan itu, kerajaan perlu berhati-hati untuk membuka sempadan antarabangsa demi kepentingan negara bagi membendung penyebaran Covid-19.

“Kami juga sedang bekerja keras untuk membantu pemain industri tempatan melantun kembali apabila tiba masanya,” katanya.

Tumpuan utama MOTAC adalah untuk memulihkan dan membentuk semula pelancongan domestik bagi meningkatkan ekonomi tempatan, dengan memulakan agenda transformasi melalui pendigitalan.

“Ini sejajar dengan Visi Perkongsian Kesejahteraan dan Matlamat Pembangunan Mapan Pertubuhan Bangsa Bersatu 2030 untuk mendorong inovasi dan daya saing ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif,” katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa industri pelancongan domestik secara perlahan-lahan sedang pulih sejak pandemik Covid-19 awal tahun ini.

Menurut laporan penginapan daripada Persatuan Hotel Malaysia (MAH), penginapan keseluruhan negara adalah kira-kira 38 peratus dengan penghunian tinggi dicatatkan di destinasi pantai dan pulau manakala bandar-bandar masih pada 20 peratus.

“Oleh itu, saya percaya industri pelancongan domestik akan pulih secara bertahap apabila kita mempunyai sokongan dari semua pihak di negara ini,” katanya.

  • Bernama

Continue Reading

Previous: Tangani kempen negatif terhadap minyak sawit
Next: Masyarakat perlu segera rebut peluang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.